Sumayyah binti Khayyat , سمية بنت خياطّ
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SABDA RASULULLAH SAW,
"BERSABARLAH WAHAI KELUARGA YASIR,KAU SEMUA DIJANJIKAN DENGAN SYURGA "
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tatkala
‘Ammar hampir meningkat dewasa dan sempurna sebagai seorang lelaki
beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Nabi Muhammad bin
Abdullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam kepada beliau. Maka berfikirlah
‘Ammar bin Yasir sebagaimana yang difikirkan oleh penduduk Makkah,
sehingga kesungguhan beliau di dalam berfikir dan lurusnya fitrah
beliau, menggiringnya untuk memeluk Islam.
‘Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dalam keadaan merasakan lazatnya iman yang telah terpatri dalam jiwanya.
Beliau
menceritakan kejadian yang beliiau alami sehingga pertemuan mereka
dengan Rasulullah saw,dan seterusnya membawa kepada pengIslaman oleh
keluarga yasir.Ternyata sumayyah dan keluarganya menyahut dakwah yang
penuh berkat bahkan mengistiharkan keislamanya sehingga sumyyah menjadi
orang ketujuh yang memeluk islam.
Bemula
saat ini bermula lah sejarah agung srikandi bernama sumayyah yang
bertepatan dengan permulaan dakwah islam.Pengistiharan pengislaman
keluarga yasir membawa kepada kemarahan kaum bani makhzum.
“Mereka
sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan
Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata
Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat
ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.
“Mereka
tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa
Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang
berjalan di sebelah Abu Jahal.
“Kali
ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku
berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang
mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh
pengikut Abu Jahal.
Mereka
berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir,
Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah
batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki
dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci
pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat
penderitaan ketiga beranak itu.
“Kamu
akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan
agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup
mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu
Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan
Amar.
“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.
“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.
“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
“Ini
balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai
tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir,
Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh
mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah
hari.
Berita
penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga
baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut
daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang
oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga
Yasir.
Suatu
ketika Rasulullah SAW menyaksikan keluarga yasir disiksa secara kejam
,maka baginda menadah tangan ke langit sambul berseru :
Bersabar lah keluarga Yasir , kerana sesungguhnya tempat kalian adalah di syurga "
Sumayyah
mendengar seruan Rasulullah SAW ,maka bertambah tegar dan optimis
dengan kewibaan imannya.Sambil sumayyah mengulang kata :
"Aku bersaksi bahawa engkau adalah Rasulullah saw dan aku bersaksi bahawa janjimu adalah benar "
Hati
Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang
masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan
pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga
tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.
“Kita
lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan
matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan
Sumayyah dengan bengis.
“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.
“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan
demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana
usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang
terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu
Jahal.
Walaupun
hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal
yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama
Allah.
“Kamu
pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya
sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya
mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.
“Jangan
kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan
melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada
keimanannya pada Allah.
“Kamu
sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil
tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.
“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian
Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan
pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama
Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.
Seksaan sumayyah dan keluarganya,antara nya :
- Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
- Rumah mereka dibakar
- Dicucuk dengan besi panas
- Ditikam dengan lembing
- Dicungkil biji mata
- Dibenam ke dalam air
Sumbangan Sumayyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam. Antaranya:
- Pertama, berani menyatakan yang hak.
- Kedua, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
- Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
- Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.
0 comments:
Post a Comment