Pages

Tuesday 1 November 2011

Bibit Pertama Seruan Azan

Setiap hari kita mendengar lima kali seruan azan daripada masjid tetapi adakah kita mengetahui tentang sejarahnya. Tahukah kamu dari mana asalnya perkataan yang diucapkan semasa azan dilaungkan?

Jika tidak, sama-samalah kita baca dan hayati sejarah seruan azan.
Azan mula disyariatkan di Madinah tahun pertama hijrah. Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud:

"Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: 'Ambillah naqush (loceng) seperti naqush orang Nasrani (Kristian).' Berkata sebahagian yang lain pula: '(ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi."

Lalu berkata Umar:

"Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru kepada sembahyang?"
Bersabda Rasulullah S.A.W:
"Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat."

Hasil perbincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani, meniup trompet seperti penganut agama Yahudi, mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat atau menyalakan api diatas bukit di mana orang yang melihat api akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah.

Namun semua usul itu ditolak oleh Rasulullah S.A.W. Kemudian Umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat-kuat.

"Telah datang waktu solat."

Cadangan Umar ini diterima oleh Baginda S.A.W tetapi dengan sedikit modifikasi kepada "Assolatu jami'ah" yang bermaksud "Marilah solat berjemaah."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zaid r.a, beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.

Abdullah: "Wahai hamba Allah S.W.T, adakah kamu jual naqush itu?"
Pembawa loceng: "Apa yang engkau buat dengannya?"
Abdullah: "Dengan naqush itu, kami menyeru kepada solat."
Pembawa loceng: "Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu?"
Abdullah: "Ya."

Pembawa loceng: "Kumandangkanlah Allahuakbar...(hingga akhir azan)."
Keesokannya, Abdullah bin Zaid menceritakan kepada Rasulullah S.A.W mengenai mimpinya. Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya mimpi itu benar insya-Allah. Berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan kepadanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau."

Kemudian Abdullah bin Zaid berdiri bersama Bilal lalu mengajarkannya lafaz azan tersebut.
Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar bin al-Khattab berkata:
"Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya aku bermimpi seperti mana yang dimimpikan olehnya (Abdullah bin Zaid)."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Segala puji bagi Allah S.W.T."
Walaupun azan disyariatkan hasil mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan mimpi Umar al-Khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia. Sebaliknya ia diperkuatkan lagi dengan wahyu.

Al-Bazzar berkata:
"Nabi Muhammad S.A.W telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya diatas langit yang ketujuh ketika berlakunya Israk Mikraj. Kemudian malaikat Jibril mendatanginya, lalu Baginda S.A.W menjadi Imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s, Allah S.W.T menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi."

Akhir kalam, semoga dengan pembacaan sejarah azan ini dapat menyedarkan kita betapa tingginya darjat azan kerana di akhir zaman ini rata-rata umat Islam lansung tidak menghormati seruan azan ini malah menganggap azan itu sebagai bunyi cengkerik di tengah malam.
Tidak malukah kita sebagai hamba Allah S.W.T dapat menghormati lagu Negaraku dengan berdiri sebagai menghormatinya tetapi seruan azan langsung tidak dijawab dan dipedulikan walaupun seruan itu dikumandangkan di langit ketujuh

Kematian Itu Pasti ..



Setiap insan pasti akan merasai 'mati',

Cuma masanya tak siapa pun pasti,

Kegerunan Izrail mesti dihadapi,

Walaupun diri mendesak ingin melarikan diri,

Tapi, kenapa perlu menghadapi mati?


Dengar sini,

Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi,

Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,

Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri,

Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,

Perintah Illahi.

Jadi,

Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,

Mana yang lebih kau senangi,

Jika inginkan kebaikan diri,

Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,

Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.


Akan tetapi,

Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,

Maka ingatlah!

Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,

Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.

Oleh itu,

Bertaubatlah wahai diri-diri,

Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci.



" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)

Wednesday 26 October 2011

Kisah Berpisahnya Roh Dari Jasad

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya,
“Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, “Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin.”

Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, “Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya.” Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya,

“Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?”
Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya,
“Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?” Kataku, “Tunjukkan wahai Rasulullah!”
Rasulullah S.A.W berkata, “Engkaulah katakan!,” Jawab Aisyah r.a : “Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, “Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: “Aduhai anak!”

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: “Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?”
Jawab Aisyah r.a : “Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya.”

Rasulullah S.A.W bertanya lagi, “Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?” Jawab Aisyah, “Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu.”
Maka bersabda Rasulullah S.A.W : “Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh,

“Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut.” Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, “Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,”

Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: “Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh.”
Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil,

“Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat.”

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru,
“Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya.”

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, “Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat.”
Wassalam.

Thursday 22 September 2011

Tuhan Mengajar Cinta


Cinta adalah anugerah terindah yang pernah diterima manusia,dan akan selalu hidup dalam setiap hati manusia. Cinta bukanlah benda yang diberikan begitu saja dan lalu bisa kita buang bila kita tidak menyukainya.
Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, juga tak kalah menyakitkan ketika orang yang dulu mencintaimu berubah memalingkan diri darimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakan.
Kerana Mencintai Bukanlah bagaimana kamu melupakan Melainkan bagaimana kamu memaafkan.Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan. Melainkan bagaimana kamu mengerti Bukanlah apa yang kamu lihat. Melainkan apa yang kamu rasakan. Bukanlah bagaimana kamu melepaskan melainkan bagaimana kamu bertahan.
Namun Cinta juga bukanlah bagaimana mempertahankan seseorang yang kau cintai, sementara ia sedar memiliki alasan yang salah mencintaimu, maka lepaskan dan berlalulah darinya agar dia memiliki kesempatan untuk mendapatkan cinta dengan alasan yang lebih baik.
Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang. Bukan kerana kita ingin berhenti mencintainya. Melainkan kerana kita menyedari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.Namun apabila kau benar-benar mencintai seseorang, jangan percaya bahwa melepaskan beerti kau benar-benar mencintai melainkan berjuanglah demi cintamu!
Cinta adalah ketika kamu menitiskan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya.Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, tetapi kamu masih setia menunggunya Cinta adalah ketika kau melihat dia bahagia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: “Aku turut bahagia untukmu”. Jika kamu mencintai seseorang, kamu akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisimu.
Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang . Tapi ketika cinta itu T U L U S, meskipun kalah, kamu tetap menang, hanya karena kamu berbahagia dapat mencintai seseorang Lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.
Lihatlah bagaimana Tuhan mengajarkan….
Rasakan bagaimana Tuhan mencintai ……
Semua tak kan dapat dimengerti tanpa kau mencari tahu dan merasakan bagaimana jiwamu bersuara………
Cinta adalah anugrah terindah yang pernah diterima manusia,dan akan selalu hidup dalam setiap hati manusia. Cinta bukanlah benda yang diberikan begitu saja dan lalu bisa kita buang bila kita tidak menyukainya.

Tuesday 20 September 2011

Aku Bangga Menjadi Lelaki (^-^)

Bila dilahirkan… aku bangga menjadi lelaki… Yang memiliki sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang perempuan… Yang paling membanggakan… aku tak perlu menjadi askar untuk memiliki “senapang” yang power… Sekali tembak je… Berjuta-juta peluru akan keluar…power kan?hihihi…

HEBATnye LELAKI :-P :
1.Lelaki tidak detail dlm percakapan
Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what’s his comment dier just cakap: “Mm..dah nak putus nak wat camne…”
2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi
Contoh kes : BOLA!hehe..Jangan marah yea wanita kalau lelaki sanggup bangun malam untuk tengok live perlawanan bola! P/S : Pesanan untuk lelaki ni,buat qiam dulu @ selepas tengok bola tu  baru ibu @ isteri anda xpot pet pot pet! :-P
3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.
Contoh kes : Mesti,moto @ kereta diistilahkan sebagai isteri bagi lelaki tau!huhu..lg yg minar baarang elektronik @ gadget,berhabis duit,kepuasan.hihi..Perempuan boleh berhabis untuk barang kemas dan alatan solek,kenapa lelaki x boleh? :-P
4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.
Contoh kes:Dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!
Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.
5. Lelaki tidak bergosip
Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.
6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.
7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!
Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

~P/S : Kene la bangga jadi lelaki… BANGGA UNTUK MENJADI LELAKISEJATI
CINTA LELAKI SEJATI HANYA UNTUK ISTERINYA,
MEMBIMBING KEWAJIPANNYA,
MELINDUNGI TANGGUNGJAWABNYA,
MENCINTAI SEPENUH HATI KEISTIMEWAAN DIRINYA…(^-^)

Monday 19 September 2011

Istikharah Si Soleh & Solehah






♥•♥•♥ Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dari-Mu,
Berilah aku pilihan yang terbaik buat ku,
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaan-Mu,
Untuk menyelesaikan urusan ku dengan keizinan kudrat-Mu.

♥•♥•♥ Dan aku jua memohon kepada-Mu,
Sebahagian dari kurniaan-Mu yang agung,
karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa,
Sedangkan diri hamba-Mu ini pernuh dengan kekhilafan,
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dengan kejahilan,
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buat ku…

♥•♥•♥ Ya Allah,
sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu,
Adalah lebih baik untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat,
maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagi ku,
kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.

♥•♥•♥ Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu,
Adalah lebih buruk untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dari ku,
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini,
Dan takdirkanlah kebaikan untuk ku di mana pun,

♥•♥•♥ Dengan ini, aku bersujud pada mu ya Allah,
Mengharap dan merintih kepada-Mu,
Air mata yang mengalir ini,
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,
Sesungguhnya hidup ku dan jua mati ku,
Adalah semuanya Hanya kerana-Mu,
Moga Kau mengasihani diri ku yang mendambakan petunjuk-Mu.
Ameen Allahumma Ameen Ya Rahman Ya Raheem Ya Robbal Alameen..

P/S PDH : Sukar untuk mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tapi, aku pasti jika nama mu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diri ku, nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari dalam diri kita.
Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.

Sunday 28 August 2011

baca la ya..:)

Assalamualaikum...

Wahai sahabat² seagama denganku…

Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....

3 Minit je, tak lama pun..

............ Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
...

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...

tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..

tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...

lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...

kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..

amat lemah..

baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..

tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

Kenapa?
gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..

berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...

berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????

Wallahualam…
Sebarkan sbg peringatan sesama

Monday 22 August 2011

Cinta Kerana Allah....


“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, “Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku”, begitu penjelasannya.
“Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam!” itu jawapan  pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.
Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta.
“Jadi dia masih takut pada Allah?”, kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tetapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.
Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa,  si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. “Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku”, tanya sang gadis.
“Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana?” jawabnya.
Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir.” Jawab sang gadis.
“Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?” tanya pemuda lagi.
“Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku” jawab si gadis.
Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.
Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita?  yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.
Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi  kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau  cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.

Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin

Wanita Yang Harus Dicintai


Rasulullah Muhammad saw adalah contoh tauladan untuk kita umat Islam. Begitu juga para isteri baginda merupakan contoh wanita solehah. Wanita yang paling dicintai Rasulullah adalah ibu dan isterinya Khadijah. Kenapa ibunya? sebab ibu baginda adalah wanita yang mengandung dan melahirkannya dan Siti Khadijah adalah seorang wanita yang sempurna.
Kecantikkan jiwanya, kebersihan hatinya, keimanannya , kecerdasannya, kesetiannya merupakan magnet yang membuatkan  hati seorang pemuda bernama Muhammad luluh. Wanita seperti khadijah merupakan ciri  wanita yang layak dicintai, tetapi di zaman ini ada lagikah wanita seperti itu ?
Bukan bererti pada zaman  ini tiada, tetapi jarang.
Menemui wanita solehah  seperti isteri Rasulullah bukanlah  mudah. Mendekatinya juga sukar. Perkara ini seperti mencari jarum yang hilang. Mungkin wanita itu dikatakan cantik rupa dan tubuhnya, tetapi belum tentu dia memiliki akhlak yang cantik. Kecantikan rupa dan kemolekkan tubuh seorang wanita bukanlah standard ukuran yang dinilai oleh Allah SWT, melainkan dia sentiasa menghiasinya, dengan akhlak yang mulia, ketakwaan dan keyakinannya kepada Allah
Jika  seorang wanita dah memilik keyakinan yang kuat,dan tak mudah terhakis  oleh sekuat manapun badai, dialah wanita yang dapat dikatakan wanita yang layak dicintai oleh Allah,  suami dan keluarga.
Wanita yang harus dicintai, tidak akan menjadikan kecantikkan yang dimilikinya sebagai kebanggaan yang dapat menjerumuskan kepada sifat riak  atau sombong.  Akibatnya menyebabkan wanita tersebut membuang  jutaan wang hanya untuk merawat tubuh dan kecantikkan yang bersifat sementara dan tidak kekal.
Padahal dalam al Quran dan jelas dilarang untuk tidak menduniakan kecantikkan. Dalam surah al-ahazab ayat 33 diterangkan yang ertinya “Janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu”
Tidak ada sesuatu pun yang dapat mengubah  penampilan dan kecantikkan seorang wanita selain kekuasaan Allah taala dengan segala izinnya. Wanita cantik dan harus untuk dicintai akan terpancar dari hati yang bersih dan sikap yang baik dan kata – kata yang sopan, pakaian yang mencerminkan wanita solehah.
Kadangkala,  kita pernah terjumpa wanita seperti itu, tetapi itu hanya sekadar topeng.  Lama – kelamaan, sifat sebenar mereka akan terbongkar. Sebab yang asli akan tetap asli.
Selain dari itu, sifat wanita yang layak dicintai dapat di lihat dari kerendahan hatinya dengan bersikap hormat kepada  sesiapa pun tanpa membezakan darjat dan martabat. Kerana dia tahu setinggi mana pun ilmunya,  dia tetap wanita yang mengerti dan tahu tugasan serta tanggungjawabnya sebagai wanita didalam rumahnya.
Dan wanita yang layak dicintai juga sentiasa rendah hati terhadap manusia lain. Walau ada perbezaan, tetapi dia yakin perbezaan itu hanya dimata manusia sebab tidak ada manusia yang berbeza dimata Allah. Ketakwaan dan keimanan seseoranglah yang membezakannya dimata Allah. Wanita yang mulia kerana hidup glamour atau berjawatan tinggi, bukanlah jaminan kebahagiaan. Tetapi ketenteraman hati dan ketenangan jiwa adalah kunci segalanya.
Seorang wanita yang harus dicintai ibarat lebah yang memberikan manfaat untuk semua orang. Hasil yang diberikannya adalah madu. Dengan madu tersebut,  banyak manusia yang dapat merasakan manfaatnya. Si pencari madu  boleh memberi makan anak isterinya dengan menjual madu tersebut dan banyak lagi manfaatnya.

Wanita yang harus dicintai juga akan menyedarkan umur kita yang sebenar. Menyedarkan waktu yang kita gunakan untuk bebuat kebaikan, membahagiakan orang lain, menghibur orang yang sedang bersedih untuk mencapai keredhaan Allah dan rasa syukur kepada Allah.
Dan  wanita yang harus dicintai akan sedar akan dirinya yang tidak dapat lari dari  kematian. Dalam mempersiapkan bekalnya, dia akan sentiasa berbuat kebaikkan, dan perkataan yang selalu keluar dari mulutnya adalah zikir sehingga dia mampu mengingati Allah dalam keadaan susah mahupun senang.
Beberapa point untuk dapat menjadi wanita yang harus dicintai :
1.Iman yang kuat,sentiasa taat beribadah, istiqamah dan sabar serta ikhlas.
2.Bersifat Mulia dan Bersifat mulia dalam pergaulan, tingkahlaku dan bertutur kata.
3.Berfikiran positif, tidak buruk sangka dan sentiasa berada dalam senyuman.