“Faiz
nak cari calon yang macam mana?” Saya bertanya sambil menghirup kopi
yang masih panas. Tika suasana sejuk begini, setiap hirupan dirasakan
cukup nikmat. Tambahan pula berbicara isu-isu tentang Baitul Muslim yang
memerlukan fokus yang tinggi.
“Faiz sebenarnya taklah memilih sangat, tapi abang Hisham tengoklah senarai ini, mudah-mudahan ada yang punya ciri sepertinya. Kalau tidak semua pun, saya amat berharap 2/3 darinya dapat dipenuhi, kerana saya ingin melahirkan generasi yang bakal menyambung perjuangan Solahuddin.
“Faiz sebenarnya taklah memilih sangat, tapi abang Hisham tengoklah senarai ini, mudah-mudahan ada yang punya ciri sepertinya. Kalau tidak semua pun, saya amat berharap 2/3 darinya dapat dipenuhi, kerana saya ingin melahirkan generasi yang bakal menyambung perjuangan Solahuddin.
” Ujar Faiz dengan bersemangat sambil menghulurkan sekeping kertas berlipat kepada saya.
“Wah! Serius sungguh nampaknya!” Ujar saya, tetapi hanya di dalam hati.
Saya menyambut kertas yang dihulurkan dan kemudian membukanya perlahan-lahan. Berkerut-kerut dahi saya membacanya.
1. Berkulit putih.
2. Punya lesung pipit.
3. Bertudung labuh
4. Berkaca mata
5. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).
6. Berketurunan Melayu.
7. Muda dua tahun dari saya.
8. Pandai memasak.
9. Lemah lembut.
10. Punya sifat keibuan yang tinggi.
11. Pandai mengambil hati orang tua.
12. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.
13. Komited dalam dakwah.
14. Rajin bertahajjud.
15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.
16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.
17. Aktif bersukan.
18. Ramah-tamah.
19. Pandai memandu kereta.
20. Jangan anak sulung atau bongsu.
21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.
22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.
23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.
24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya enam orang anak dalam keluarga seperti Dr. Z.
1. Berkulit putih.
2. Punya lesung pipit.
3. Bertudung labuh
4. Berkaca mata
5. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).
6. Berketurunan Melayu.
7. Muda dua tahun dari saya.
8. Pandai memasak.
9. Lemah lembut.
10. Punya sifat keibuan yang tinggi.
11. Pandai mengambil hati orang tua.
12. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.
13. Komited dalam dakwah.
14. Rajin bertahajjud.
15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.
16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.
17. Aktif bersukan.
18. Ramah-tamah.
19. Pandai memandu kereta.
20. Jangan anak sulung atau bongsu.
21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.
22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.
23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.
24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya enam orang anak dalam keluarga seperti Dr. Z.
Saya
membaca senarai itu dengan mata yang berpinar-pinar, terasa seperti
mahu tersembur air kopi yang sedang dihirup. Subhanallah, di mana harus
saya cari bidadari seperti ini untuk menjadi pasangan hidupnya.
Sedaya
upaya saya cuba mengawal diri, menahan tawa dan mengelakkan dari raut
wajah saya berubah untuk tidak mengecilkan hatinya. Perasaan terasa
bercampur-baur antara lucu dan kasihan. Sungguh ‘hebat’ fantasi anak
muda ‘dakwah’ ini dalam menentukan kriteria pemilihan pasangannya.
Saya
menghabiskan kopi yang panas sebelum memulakan bicara. Ada sesuatu yang
harus saya katakan padanya. Namun perlu berhalus agar tidak mengusik
hatinya. Dalam berdepan isu begini, kadang-kadang ikhwah mudah terasa
hati.
“Akhi, anta sekarang dah hafaz berapa juzuk?” Saya menukar sedikit topik perbualan.
“Errr…baru
hafaz juz 30 dan 29, itupun masih ada yang tak berapa lancar.” Jelasnya
jujur sambil tersengih menampakkan susunan giginya yang tidak sama.
“Macamana
dengan kriteria yang saya bagi tu Abang Hisham, agak-agak ada tak
akhawat yang seperti itu?” Tanya Faiz. Namun sekali lagi saya tidak
menjawab soalannya dan bertanya lagi.
“Akhi, malam tadi anta solat tahajjud dan khatam 1 juzu’ bacaan al-Quran tak?”
“Tak
pula, letih sangat, malam tadi habis mesyuarat lambat sangat.
Insya-Allah malam ni kami ada program Qiam bersama mad’u junior.
Insya-Allah malam ni kami akan Qiam.”
Saya mendengar jawapannya dengan bersahaja, kemudian bertanya lagi.
“Akhi, semalam berapa kali anta solat berjemaah di masjid?”
“Kenapa
abang Hisham tanya soalan-soalan ni? Bukankah kita sedang berbincang
tentang Baitul Muslim? Apa kena mengenanya?” Balas Faiz dengan wajah
yang sedikit berubah dan suara yang agak sedikit keras walaupun masih
cuba dikawalnya.
Jika
kulitnya putih mungkin telah berubah menjadi kemerah-merahan tanda
tidak puas hati. Tetapi kulit sawo matang melayu Kelantan yang diwarisi
menyebabkan hanya kerutan yang kelihatan sedikit di dahi.
Saya hanya tersenyum.
“Beginilah
Faiz, apa yang Faiz tulis dalam kertas tu bagus, cuma ia terlalu bagus.
Abang Hisham yakin, dalam zaman sekarang ini, sepuluh bahkan seratus
tahun mencari pun belum tentu Faiz akan berjumpa dengan calon seperti
yang diinginkan jika semua kriteria tersebut harus dipenuhi.”
“Tidak ada eh?” balas Faiz penuh persoalan. Keningnya diangkat sedikit.
“Kalaupun
ada, mungkin dia dah kahwin dengan juara Imam Muda musim kedua agaknya.
Hahaa”Saya menjawab sambil ketawa kecil. Cuba menceriakan suasana. Dia
juga kelihatan tersenyum.
“Abang
Hisham tanya soalan-soalan tadi supaya Faiz tahu yang Faiz pun tak
sempurna mana, jadi dalam mencari calon isteri ni, tak perlulah terlalu
memilih itu dan ini, sebab kita pun bukan setaraf Imam Ghazali, dengan
peserta Imam Muda yang terkeluar pada pusingan pertama pun belum tentu.”
Jelas saya dengan bersahaja sambil merenung tepat ke wajahnya dan
memberikan senyuman yang manis.
“Habis tu, bagaimana Abang Hisham?” Tanya Faiz, wajahnya kelihatan penuh ingin tahu.
“Beginilah, ….”
“Abang
Hisham akan cuba tanyakan pada isteri, kalau-kalau ada calon yang
sesuai. Insya-Allah, kami akan cari calon yang terbaik untuk Faiz, tapi
bukan yang sempurna. Kami akan cuba tengok kalau-kalau kriteria tersebut
boleh dipenuhi, tapi untuk memenuhi 1/3 darinya pun hampir mustahil.”
“Anta
kena ingat akhi, walaupun berada dalam sistem tarbiah dan usrah, tetapi
akhawat itu tetap manusia dan tetap seorang wanita.” Saya menjelaskan.
“Ada yang rupanya cantik, tapi pengamalan agamanya mungkin agak kurang.”
“Ada pula yang rupanya agak sederhana dan hafazannya cuma satu juz sahaja tapi komitmen dakwahnya baik.
“Lemah-lembutnya
mungkinlah tidak selembut Asyiela Putri pelakon Upin Ipin tu, tapi
tidaklah pula sekeras dan se ‘brutal’ Kak Ros. Haha” saya menjelaskan
lagi sambil tertawa. Kemudian saya menyambung bicara.
“Tentang
memasak, usah dirisaukan, asalkan dia punya keinginan untuk belajar,
Insya-Allah beres semuanya. Kalau nak cari yang makan budu, orang
Kelantan pun tak ramai yang makan budu. Isteri ana orang Pahang, tapi
hantu budu juga. Dulu ana tak makan tempoyak, tapi lepas kahwin dengan
orang Pahang, ana jadi hantu tempoyak.”
“Kemudian,
tentang kesihatan, orang perempuan ni, ada masa dia sihat dan ada juga
masa dia akan sakit, terutamanya bila mengandung.”
“Tentang
menghormati orang tua dan sifat-sifat mahmudah yang lain, perkara itu
boleh ditarbiah dan sebahagian dari tanggungjawab suami setelah
berkahwin adalah untuk membimbing isterinya dengan sifat-sifat mulia,
bukan mengharapkan cinta dari bidadari syurga yang serba
sempurna.”Panjang saya ‘mengomel’.
“Tak
mengapa Faiz, nanti abang Hisham akan carikan calon yang terbaik untuk
Faiz dan semestinya kriteria yang akan abang Hisham cari adalah yang
paling baik agamanya.”
“Banyakkanlah
berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, bukan yang
tercantik dan bukan yang sempurna segalanya dan lupa juga meminta agar
Allah memudahkan segala urusan untuk membina masjid ini. Ok, Faiz?” Saya
menepuk bahunya dengan mesra. Anak muda sepertinya banyak perlukan
bimbingan. Bukan leteran yang akan menghancurkan perasaan.
Perbualan
di atas mungkin hanya rekaan, tetapi ia adalah hasil dari pengalaman
saya dan rakan-rakan dalam mengendalikan urusan Baitul Muslim para
pemuda-pemudi dalam dan luar negara selama beberapa tahun.
Ia kisah benar yang saya rangkumkan dalam satu perbualan. Mungkin agak ideal, tetapi itu sebahagian dari realiti ikhwah ketika mencari calon pasangan.
Ia kisah benar yang saya rangkumkan dalam satu perbualan. Mungkin agak ideal, tetapi itu sebahagian dari realiti ikhwah ketika mencari calon pasangan.
Dalam urusan memilih calon, harus diingat bahawa kita memilih calon di kalangan manusia, bukan Malaikat atau bidadari syurga.
Apabila
pasangan itu namanya manusia, maka akan wujudlah kekurangan di sana dan
di sini. Cuma satu pesanan yang ingin saya titipkan buat anak muda,
pilihlah calon yang baik pengamalan dan penghayatan agamanya,
Insya-Allah, rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih sayang dan
keberkatan dari Allah S.W.T.
Boleh
sahaja kita memilih calon yang senegeri, yang sedap dipandang mata,
punya sifat keibuan yang tinggi, pandai memasak dan sebagainya, tetapi
harus diingat, bahawa kriteria pertama yang harus dilihat adalah
bagaimana penghayatan agamanya, dan sejauh mana dia mengiltizamkan diri
untuk membaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.
Jika
penghayatan agamanya baik, maka berlapang dadalah sedikit jika calonnya
dari negeri seberang atau selang dua buah negeri atau mungkin rupanya
tidak secantik dan secomel Mia Sara.
Tidak
ada perkara yang tidak boleh dirunding dengan ibu bapa. Mereka hanya
mahu yang terbaik untuk kita, rundinglah dengan baik dan penuh hikmah,
Insya-Allah, jalan keluarnya pasti ada jika kita ikhlas ingin membina
rumahtangga. Tidak ada ibu bapa yang inginkan kesengsaraan anak-anaknya.
Tentang
kecantikan pula, jika calon yang dipilih adalah kerana kecantikan
wajahnya, maka ketahuilah bahawa selepas berkahwin, wajah yang cantik
akan menjadi biasa selepas hari-hari dipandang mata dan syaitan akan
menghias wanita-wanita lain yang bukan mahram agar kelihatan lebih
cantik di pandangan mata kita.
Akhirnya,
yang kekal hanyalah akhlak dan pekerti yang mulia, juga keazaman untuk
melahirkan dan membangunkan anak-anak singa pewaris Imaduddin, Nuruddin
Zinki dan Solahuddin Al Ayyubi.
Usah terlalu gedik dalam memilih calon, tetapi biarlah realistik.
Akhir
sekali, apa yang paling penting adalah bermesyuaratlah dengan ibu bapa
dan orang-orang baik yang dipercayai dan berpengalaman.
Jangan lupa untuk beristikharah selepasnya agar segala keputusan mendapat panduan dari langit yang tertinggi. Insya-Allah.
1 comments:
:)
Post a Comment