Pages

Sunday, 30 December 2012

Dia contoh teladan.... Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W...




1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

p/s : terkadang kita selalu mengeluh tentang kehidupan...kenapa kita tidak punya ibu bapa, kenapa kita tidak banyak wang, dan setiap hari kita bertanya..kenapa tidak mcm ini dan macam itu....seharusnya kita menjadikan Nabi SAW sebagai contoh....Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim untuk menunjukkan bahawa Allah itu sudah cukup baginya...Baginda juga lahir sebagai seorang yang miskin, juga menunjukkan bahawa Allah telah memberikan nikmat yang mencukupi baginya dan Baginda sentiasa bersyukur...mulianya akhlak baginda...dan seharusnya itulah yang menjadi panduan kita dalam kehidupan...

Sunday, 2 December 2012

Wanita Yang Harus Dicintai


Rasulullah Muhammad saw adalah contoh tauladan untuk kita umat Islam. Begitu juga para isteri baginda merupakan contoh wanita solehah. Wanita yang paling dicintai Rasulullah adalah ibu dan isterinya Khadijah.
Kenapa ibunya? sebab ibu baginda adalah wanita yang mengandung dan melahirkannya dan Siti Khadijah adalah seorang wanita yang sempurna.
Kecantikkan jiwanya, kebersihan hatinya, keimanannya , kecerdasannya, kesetiannya merupakan magnet yang membuatkan  hati seorang pemuda bernama Muhammad luluh. Wanita seperti khadijah merupakan ciri  wanita yang layak dicintai, tetapi di zaman ini ada lagikah wanita seperti itu?
Bukan bererti pada zaman  ini tiada, tetapi jarang.
Menemui wanita solehah  seperti isteri Rasulullah bukanlah  mudah. Mendekatinya juga sukar. Perkara ini seperti mencari jarum yang hilang. Mungkin wanita itu dikatakan cantik rupa dan tubuhnya, tetapi belum tentu dia memiliki akhlak yang cantik.
Kecantikan rupa dan kemolekkan tubuh seorang wanita bukanlah standard ukuran yang dinilai oleh Allah SWT, melainkan dia sentiasa menghiasinya, dengan akhlak yang mulia, ketakwaan dan keyakinannya kepada Allah
Jika  seorang wanita dah memilik keyakinan yang kuat,dan tak mudah terhakis  oleh sekuat manapun badai, dialah wanita yang dapat dikatakan wanita yang layak dicintai oleh Allah,  suami dan keluarga.
Wanita yang harus dicintai, tidak akan menjadikan kecantikkan yang dimilikinya sebagai kebanggaan yang dapat menjerumuskan kepada sifat riak  atau sombong.  Akibatnya menyebabkan wanita tersebut membuang  jutaan wang hanya untuk merawat tubuh dan kecantikkan yang bersifat sementara dan tidak kekal.
Padahal dalam al Quran dan jelas dilarang untuk tidak menduniakan kecantikkan. Dalam surah al-ahzab ayat 33 diterangkan yang ertinya “Janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu”
Tidak ada sesuatu pun yang dapat mengubah  penampilan dan kecantikkan seorang wanita selain kekuasaan Allah taala dengan segala izinnya. Wanita cantik dan harus untuk dicintai akan terpancar dari hati yang bersih dan sikap yang baik dan kata – kata yang sopan, pakaian yang mencerminkan wanita solehah.
Kadangkala,  kita pernah terjumpa wanita seperti itu, tetapi itu hanya sekadar topeng.  Lama – kelamaan, sifat sebenar mereka akan terbongkar. Sebab yang asli akan tetap asli.
Selain dari itu, sifat wanita yang layak dicintai dapat di lihat dari kerendahan hatinya dengan bersikap hormat kepada  sesiapa pun tanpa membezakan darjat dan martabat. Kerana dia tahu setinggi mana pun ilmunya,  dia tetap wanita yang mengerti dan tahu tugasan serta tanggungjawabnya sebagai wanita didalam rumahnya.
Dan wanita yang layak dicintai juga sentiasa rendah hati terhadap manusia lain. Walau ada perbezaan, tetapi dia yakin perbezaan itu hanya dimata manusia sebab tidak ada manusia yang berbeza dimata Allah. Ketakwaan dan keimanan seseoranglah yang membezakannya dimata Allah. Wanita yang mulia kerana hidup glamour atau berjawatan tinggi, bukanlah jaminan kebahagiaan. Tetapi ketenteraman hati dan ketenangan jiwa adalah kunci segalanya.
Seorang wanita yang harus dicintai ibarat lebah yang memberikan manfaat untuk semua orang. Hasil yang diberikannya adalah madu. Dengan madu tersebut,  banyak manusia yang dapat merasakan manfaatnya. Si pencari madu  boleh memberi makan anak isterinya dengan menjual madu tersebut dan banyak lagi manfaatnya.

Wanita yang harus dicintai juga akan menyedarkan umur kita yang sebenar. Menyedarkan waktu yang kita gunakan untuk berbuat kebaikan, membahagiakan orang lain, menghibur orang yang sedang bersedih untuk mencapai keredhaan Allah dan rasa syukur kepada Allah.
Dan  wanita yang harus dicintai akan sedar akan dirinya yang tidak dapat lari dari  kematian. Dalam mempersiapkan bekalnya, dia akan sentiasa berbuat kebaikkan, dan perkataan yang selalu keluar dari mulutnya adalah zikir sehingga dia mampu mengingati Allah dalam keadaan susah mahupun senang.
Beberapa point untuk dapat menjadi wanita yang harus dicintai :
1.Iman yang kuat,sentiasa taat beribadah, istiqamah dan sabar serta ikhlas.
2.Bersifat Mulia dan Bersifat mulia dalam pergaulan, tingkahlaku dan bertutur kata.
3.Berfikiran positif, tidak buruk sangka dan sentiasa berada dalam senyuman.


Tuesday, 27 November 2012

Ketika Harus Melepaskan Cinta..







Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”
Sahabatku,  ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami .. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu…
Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan …. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …
.

Friday, 16 November 2012

Ayah Dan Ibu, Ikhlaskah?


Pernah dengar tak ayat macam ni?
"Ayah besarkan Eli selama ni, tapi ni balasan Eli terhadap Ayah? Ayah suruh kau kahwin dengan laki tu kau tak nak, Aku ni mak Ayah kau, Aku yang besarkan kau selama ni, Aku lagi tahu dari kau."
ataupun ini
"Ala, lepas belajar tak payah la kahwin lagi, kerja dulu bagi duit kat mak, mak dah banyak habis duit sara Mat dari kecik sampai besar."
ataupun
"Isk, Mak tak suka la kamu kawan dengan Eli tu, dah la tak cantik, hitam pulak tu. Duduk jauh. Mak nak menantu yang cantik, putih, hidung tinggi. Tak merasa la Mak nak menantu putih-putih macam ni."
Ataupun
"Budak ni, Bodoh la, bangang, berapa kali aku nak cakap, sekolah bagi la dapat no 1. Asyik dapat no akhir jer. Ayah malu la dengan ko nih."
Dan
"Mak tak halal air susu mak kalau kau tak nak duduk dengan mak selapas kahwin."
Saat kita mendengar, kita hanya diam. Namun dalam hati nan rawan, ada rasa kecewa mengundang sedih di dalam hati. Mengapa ibu berkata begitu? Tidak berani bersuara...
"Duhai emak, ayah... pegang erat tangan kami, kerana kami amanah untuk mu." Bisik hati kita
Dan pernah kah, pada satu saat kita bersendiri... Hati kita berbicara sambil melontar jauh sikap ibu pada kita. Dan pelbagai kata dan fikir kita luahkan namun hanya kita sahaja yang mendengar rintih sayu hati kita. Kita memendam rasa. Dalam hati kita berbicara; 
"Mak, mak tahu tak, anak mak ni bukan hak milik penuh mak. Anak mak ni adalah amanah Allah pada mak. Kenapa mak suka marah anak mak ni. Kenapa mak suka cakap anak mak ni tak pandai. Mak, kalau anak Mak ni tak pandai, maknanya, itu salah Mak la juga, sebab mak tak pernah nak ajar. Mak tak pernah nak luangkan masa untuk ambil tahu hal kami. Mak lagi pentingkan kerja mak dari kami sedangkan, tugas utama seorang ibu adalah mendidik anak-anaknya dan menjaga rumahtangga. Kami perlukan mak, bukannya Bibik, bukannya akak Nursery. Bukannya Makcik Peah kat sebelah yang selalu jaga kami masa mak tiada.
"Mak, kami rindu masakan mak. Kawan-kawan kami cerita, mak mereka suka masak macam-macam untuk mereka.Kami tak suka masakan Jawa Bibik. Bukan selera kami. Mak, masa kecil, mak selalu belai dan sayang kami. Sekarang kami dah besar, kenapa mak macam tak sayang kami lagi?"
"Kami menangis, mak tak tanya pun kenapa. Kami kurung diri dalam bilik, mak cakap kami gaduh dengan boyfriend. Kami rapat dengan kawan-kawan, mak marah. Mak cakap, jangan kawan dengan mereka. Mereka suka bersosial,  suka berclubbing. Mak pesan agar kami cari  kawan yang elok-elok sikit. Tapi mak, jahat-jahat mereka pun tetap sudi dengar luahan hati kami."
"Mak, kami bukan orang baik, mana kami nak jumpa org baik-baik. Ingat tak mak masa mak cakap, tak payah la mengaji dengan atuk, bukan boleh dapat kerja pun. Sekarang, kamitidak  pun huruf Al- Quran. Macam mana kami nak dapat suami yang baik. Pasti mereka juga akan mencari yang lebih baik dari kami"
"Ayah, betul ke ayah sayang kami? Ayah tak pernah cakap pun. Ayah suka marah kami. Selalu tengking-tengking kami. Ayah tahu tak jiwa anak ayah ni sgt lembut dan sensitif. Setiap patah kata ayah masa marah kami, kami ingat sampai sekarang. Ayah, kami dahagakan kasih sayang ayah. "
"Kami tak tahu mcm mana rasanya kasih sayang seorang lelaki. Jadi, masa 'Mamat' cakap dia suka dan sayang pada kami, kami sangat suka dan teruja. Akhirnya, ada juga lelaki yang sayangkan kami. Tidak mengapa, ayah tak sayang kami, mujur 'mamat' sayangkan kami. 'Mamat' cinta kami lebih dari ayah. Kami  nekad nak kahwin dengan Mamat. Kalau ayah tak bagi, Kami kahwin lari. Kami tak kisah sebab kami bahagia dengan mamat."
"Tapi..  Mamat tinggalkan kami juga, kami mengandung mak, ayah. Mak marah, Ayah pukul kami. Ayah dan Mak halau kami."
"Ayah, kenapa ayah tak pernah peluk kami? Kenapa ayah tak pernah tunjukkan kasih sayang lelaki pada kami? Hingga kami tak dapat menilai sejernih mana kasih laki-laki yang ikhlas. Kalaulah ayah pernah peluk kami, kami takkan rindukan pelukan lelaki, kalaulah ayah kucup dahi ini dan cakap sayang pada kami. Kami takkan mudah tunduk pada cinta kosong laki-laki."
"Mak, fahami la jiwa anak mu ini. Kami perlukan mak untuk tunjukkan kami jalan yang betul. Kami belum matang untuk menilai hidup ni mak. Tolangkah kami."
"Mak, Ayah..
Kami amanah Allah pada Mak dan Ayah untuk dijaga, dibelai, dididik dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Ikhlas kah Mak dan Ayah apabila mengharapkan balasan dari kami atas jasa membesarkan Kami? Keikhlasan Mak dan Ayah mendidik kami akan membuatkan kami Ikhlas menjaga Mak dan Ayah kelak di samping mendapat ganjaran dari Allah. 
"Mak, Ayah. Kita saling bergantungan. Kami akan menjadi penyebab Mak dan Ayah ke syurga atau neraka, dan Mak dan Ayah jualah akan jadi penyebab Kami ke syurga atau neraka. Mak, kalau mak ikhlas, mak akan doakan kami bahagia selalu, bukannya mendoakan kebahagian kami hilang semata untuk kebahagiaan mak."
"Mak, Ayah, kami rindukan mak dan ayah. Mak dan Ayah di depan kami, tapi, kami rasa kita sangat jauh sekali."

Analoginya, seorang anak yang kerap dimarah dan dicemuh akan mencorakkan tingkah yang pasif. Akan merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan diri. Dan ada juga terdapat anak-anak yang merasa benci dan dendam pada ibu dan ayah. 
Tidak salah untuk memberi teguran kepada anak-anak kerana atas pundak ibu dan ayahlah amanah mendidik anak-anak itu terletak. Namun, cara yang bagaimana diaplikasikan di dalam mentarbiyah anak-anak itu yang perlu untuk direnungkan bersama.
Saidina Ali memberi panduan kepada kita, di dalam mendidik anak-anak terdapat beberapa kaedah yang berkesan iaitu mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya apabila seorang anak berusia antara 7 tahun pertama, maka disarankan untuk mendekati anak dengan lebih banyak meluangkan masa bersama seperti bermain, bergurau dan kurangkan memarahinya kerana pada saat itu anak kita masih lagi di usia kecil.
Seterusnya pada tujuh tahun kedua,  iaitu pada usianya meningkat 7 tahun hingga 14 tahun, didiklah anak-anak dengan disiplin. Ajarkanlah anak dengan ibadah seperti solat di samping menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua. Ketika anak membuat sedikit kesilapan, maka peranan ibu dan ayah lah yang perlu memperbetulkannya. Pada ketika itu juga, anak-anak yang membuat silap perlu dihukum dengan niat mendidik melalui pendekatan anak-anak tahu bahawa mereka silap dan perlu memperbaiki kesilapan yang ada. 
Saat anak berumur 14 tahun hingga 21 tahun, ibu bapa perlulah menjadikan anak-anak seperti kawan dan sahabat kerana pada ketika itu kehidupan anak-anak mula mencabar. Mereka lebih cenderung untuk bersosial di luar kediaman, justeru disarankan ibu bapa untuk sentiasa berdamping dengan anak-anak agar mereka dapat merujuk dan mengadu masalah mereka kepada ibu bapa. Perlunya ibu dan ayah menjadi penasihat dan pakar konsaltan anak-anak agar mereka tidak mudah tersasar di dalam langkah awal kehidupan mereka.

Di dalam mendidik anak-anak juga, perlunya menekankan nilai-nilai penghargaan dan memberi sedikit ganjaran kepada anak-anak. Seperti contohnya sekiranya anak mendengar kata dan bersikap baik, maka anak-anak itu diganjari dengan hadiah dan pujian. Kaedah ini amat berkesan di dalam melahirkan sifat kendiri yang baik di dalam diri anak-anak.
Kesimpulannya, sebagai ibu atau ayah wajarlah terdahulunya mendidik diri sendiri. Demikianlah juga di dalam mencorakkan nilai-nilai mulia di dalam diri anak-anak, terdahulunya perlulah diri sendiri dahulu sebati dengan nilai yang mulia. Namun hakikatnya, jika direnung semula proses pentarbiyahan diri sendiri adalah bermula dari seawal mencari pasangan lagi.
Justeru, sebelum bergelar isteri, ibu, suami atau ayah maka berusahalah mencari ilmu dan mendidik diri sendiri dengan ilmu perkahwinan dan rumahtangga agar apabila berada di dalam bahtera keluarga, layarnya tidak goyah dan mudah karam dengan ujian dan cabaran yang ada.
Wallahu a'lam.

Wednesday, 14 November 2012

Senyuman Di Sebalik Tangisan


Terik matahari memancar terus-menerus, seolah-olah sedang bersaing dengan si awan yang cuba meredupkan langit agar penghuni bumi dapat menjalani hari dengan suasana yang tenang sambil merasai sepoi-sepoi angin yang mencium.
Kakiku melangkah dan terus melangkah. Hari itu hari istimewa buat adikku, hari jadinya. Aku sungguh gembira, adikku semakin membesar. Sungguhpun begitu, kegembiraanku ditepis oleh kelesuan dan kepenatan badan, aku tidak mampu berjalan di bawah terik matahari yang memancar sebegini.
Aku tidak kuat. Akan tetapi, aku mencuba sedaya upayaku. Kebiasaannya, ibu menjemputku pulang dari sekolah, tetapi bukan untuk hari istimewa ini. Aku faham, ibuku mungkin sibuk melayan adikku. Jadi aku akur.
Aku membelikan adikku hadiah hari jadinya. Aku pasti dia suka. Walaupun, duit yang aku guna merupakan duit simpanan untuk menjalani rawatan, aku tidak kisah semua itu. Yang penting adikku. Kupeluk erat hadiah itu kerana hujan renyai tiba-tiba membasahi bumi. Aku mempercepatkan langkahku.
"Assalamualaikum..." Aku memberi salam lalu memulas tombol pintu.
"Kakak balik! Yeay! Yeay!" Adikku berteriak.
"Tapi... ibu kata kakak ada kelas tambahan. Awalnya kakak balik. Kakak balik naik apa? Kenapa kakak basah?" Bertubi soalan diajukan.
"Kelas tambahan? Kakak tak ada...." Aku kehairanan dan memberhentikan kalamku. Mungkin aku tidak seharusnya memberitahu perkara sebenar.
"Kakak balik dengan siapa? Jalan kaki ya? Kakak basah, kakak boleh demam tahu. Kenapa tak suruh ibu jemput?" Adikku menyoal lagi.
"Kakak.. Err.. Cuma tidak mahu susahkan ibu. Lagipun hari ni kan hari jadi adik kakak yang comel ni." Aku berkata sambil mengusap kepala adikku.
"Ini dia hadiah untuk kamu." Aku menghulurkan hadiah itu. Akan tetapi hadiahnya agak lembap.
"Maafkan kakak kerana tidak dapat melindungi hadiah itu dan... mungkin hadiah yang kakak beri tak semahal hadiah dari ibu." Aku berkata sambil memandang hadiah dari ibu untuk adikku.
"Samsung Galaxy tab.." Aku memandang hadiah itu. Sebenarnya aku juga mengimpikannya. Tetapi mungkin itu menjadi angan-anganku saja.
Adikku dengan rakusnya membuka hadiah itu.
"Waaaaaaaahhhhhh ! Buku trilogy inilah yang adik mahu. Adik bercadang membelinya. Tetapi kakak sudah membelikannya untuk adik." Adikku tersenyum riang.
"Terima kasih kakak! Adik saying kakak!" Adikku mengucup pipiku lalu mencubit pipiku yang agak berisi. Aku gembira kerana adikku menyukainya. Tiba-tiba kepalaku berdenyut. Sakit... mataku berpinar. Aku menggagahkan diriku ke bilik.
"Raudhah! Raudhah! Raudhah! Mari sini cepat!" Teriak ibu.
"Ya ibu! Adha datang ni.." Aku melangkah selajunya mendapatkan ibu.
"Raudhah, kamu jaga rumah ni. Kemas rumah ni, bukannya sepahkan. Ibu mahu bawa adik kamu keluar. Kami tak makan di rumah. Kamu masaklah apa-apa."
"Baik ibu..." Aku menjawab lemah.
"Heh.. Kamu ni kenapa? Penat semacam je. Macam orang baru balik berperang.." Ibu menyoal. Dahinya berkerut. Menakutkan.
"Saya cuma penat sikit saja ibu." Aku membalas.
Adikku Sarah meletakkan tangannya di dahiku.
"Ibu... Badan kakak panaslah bu.. Kesian kakak. Agaknya kakak demam tak?"
"Tak payahlah suruh kakak buat kerja rumah. Kesian kakak. Nanti kita boleh bungkuskan makanan untuknya. Ataupun kita boleh bawa kakak sekali. Kenapa ibu tak bawak kakak sekali?" Adikku menunjukkan rasa simpatinya.
"Sayang.. Kakak perlu belajar.. Lagipun, siapa yang nak jaga rumah ni? Kakak kamu kan baru balik sekolah. Kerja sekolahnya masih belum dibuat." Kata ibu kepada adikku.
"Kamu ni Raudhah. Takkanlah jalan ke rumah sejengkal pun nak demam? Ada Panadol di dapur. Makan je tu..." Kata ibu kepadaku.
"Ibu, kenapa ibu tak jemput kakak tadi? Kesian kakak. Dia balik hujan-hujan. Tak ada payung."Adikku bersuara.
"Ibu lupa. Ibu sibuk lagipun. Dahlah Sarah. Jom. Kita kan mahu jalan-jalan. Jangan dirisaukan sangat kakak tu. Dia saja je lembik." Ibuku menarik lengan adikku lalu terus meninggalkan rumah.
" Tapi......" Adikku memandang wajahku yang mula memucat.
Aku hanya mampu menghadiahkan sekuntum senyuman hambar. Mataku berkaca. Aku cuba menahan dan. Aku tewas. Manik itu turun selajunya.
Aku meninggalkan rumah yang sudah siap dikemas dan membawa diri ke pusara ibu kandungku. Aku memecut skuter pemberian ayah selajunya. Manik-manik jernih itu terus membasahi pipiku. Aku terkenang masa lalu. Saatku terpaksa merelakan hati untuk menerima ibu yang baru.
Saat itu.......
"Abi, Adha tak mahu ibu baru. Tak ada siapa yang dapat menggantikan Wardah Saadah. Bagi Adha, Umi tiada pengganti. Ummi tak pernah mati dalam hati Adha. Ummi sentiasa ada disisi Adha. Adha tak mahu..." Aku merayu sambil menangis.
"Adha, abi terpaksa..kalau diikutkan , abi pun tak mahu. Tetapi, siapa yang akan menjaga kamu saat abi tiada disisi kamu nak? Abi tak mampu. Abi ada misi. Masa abi padat sangat. Abi bukannya tidak mahu bawa kamu bersama, tetapi abi sibuk. Tiada siapa yang akan menjaga kamu." Ayahku memujuk.
"Adha, mahu ikut. Adha boleh bantu abi. Walaupun Adha tidak pandai soal selidik , Adha boleh bantu abi dengan cara lain. Adha boleh tolong jaga makan dan minum abi.." aku merayu lagi.
"Wahai anakku Raudhah Sakinah , abi mohon sangat-sangat. Kamu perlu faham keadaan abi. Kamu tinggal dengan ibu baru ya sayang? kamu mesti dengar kata ya nak.." Ayahku memujuk sedayanya.
"Hmm. Yalah. Adha faham. Tetapi, abi perlu janji, balik sekerap mungkin. Adha pasti rindukan abi.."aku terpaksa akur dengan keputusan ayahku.
Aku kembali ke masa kini. Aku seka airmata yang terus menerus mencium pipiku. Waktu itu, aku sudah pun berada di depan pusara arwah umi. Setelah membersihkan pusara umi, aku menatap pusaranya sahaja. Sekali lagi air mata itu jatuh. Air mata kerinduan.
"Umi.. Adha rindu umi...rindu sangat.."
Aku tidak sepatutnya menangis dan bersedih. Ummi sering mengingatkan aku suatu ketika dahulu.
"La tahzan Innalahha ma'ana. Jangan takut dan jangan sedih , sesungguhnya Allah bersama kita."
Saat itu, Umi menyeka air mataku. Umi menjadi tiang untukku terus kuat. Umi yang sentiasa mendorong aku. Tetapi hari ini aku tidak mempunyai tiang untuk aku terus tabah. Hanya Allah S.W.T sahaja tempat aku mengadu.
Sesampainya di rumah, telefon berdering. Aku segera mendapatkan telefon yang berdering.
"Assalamualaikum. Raudhah di sini. Siapa di ta......."
"Adha! Adik kamu!!!!!!! Adik kamu kemalangan. Ibu tak tahu nak buat apa. Adik kamu kehilangan banyak darah. Ibu bukan tidak mahu menderma. Tapi ibu takut tengok darah. Adha tolong ibu ya? Kamu kan sayang padanya."
Aku tergamam. Diam membisu. Lidahku kelu. Aku terkejut. Sangat. Sangat terkejut. Adakah benar? Jantungku seperti mahu gugur.
"Adha !!! kamu dengar atau tidak?"
"Ya ibu. Adha sanggup demi adik. Tapi setahu Adha, Adha masih bawah umur."
"Kita boleh merayu pada doktor." Kata ibu.
"Baiklah. Boleh ibu jemput Adha?" Aku bertanya.
"Alah, kamu datang sendiri ya? Ibu tak boleh tinggalkan adik kamu."
"Hmmm. Baiklah.." Aku terus meletakan gagang telefon dan segera menuju ke hospital.
30 minit kemudian aku tiba di hadapan pintu utama hospital. Aku terus berlari masuk ke dalam ruang hospital. Aku terlihat ibuku terduduk sambil menangis teresak-esak.
Aku segera mendapatkan ibu. Aku tatap ibu yang sedang menangis. Aku sebak. Terlalu sebak dan air mataku berjuraian jatuh. Aku pujuk ibu. Aku kuatkan semangatnya sedangkan aku juga lemah. Aku cuba tabahkan hati.
"Ibu.. jangan menangis. Adha yakin adik pasti selamat. Ibu bertenang ya.." Aku cuba memujuk.
"Bertenang? Adik kamu satu-satunya harapan ibu. Ibu terlalu sayang padanya." Ibuku membalas lalu terus menangis.
Aku terkesima. Kata-kata ibu menikam sukma. Berdarah lagi luka yang masih belum pulih. Saat itu aku sedar aku bukan sesiapa bagi ibu.
Aku meninggalkan ibu dan terus mendapatkan doktor yang merawat adikku. Aku melangkah longlai. Saat itu aku terlihat sekujur tubuh kecil terbaring lemah di ruang ICU.
"Adikku.. Sarah.. Bertahanlah sayang.. Kakak akan membantumu. Sabarlah sayang. Kakak datang."Aku berkata sambil air mataku mengalir.
Aku merayu-rayu supaya doktor menerima aku sebagai penderma. Bermacam-macam alasan aku berikan untuk mendapatkan persetujuan doktor.
"Doktor.. Saya merayu.. Terimalah saya sebagai penderma. Saya tidak mahu adik saya sakit. Saya tak sanggup melihatnya begitu. Hari ni hari jadinya. Saya mahu berkorban untuknya. Tolonglah saya doktor. Saya sanggup terima risiko di kemudian hari asalkan adik saya selamat. Saya tak mampu memberi ibu kebahagiaan. Seandainya adik saya tidak selamat pasti ibu akan jatuh sakit pula. Cukuplah selama ini saya hilang orang yang saya sayang. Saya tidak mahu kehilangan buat kali kedua." Aku merayu panjang lebar.
"Tolonglah doktor..." Aku sambung lagi.
Akhirnya doktor itu akur walaupun terpaksa.
"Saya sudah menasihati kamu. Kamu harus tanggung risikonya di kemudian hari. Kamu juga perlu mendapatkan ujian bertulis daripada ibu atau bapa kamu." Doktor itu memberi amaran.
Waktu itu hanya ucapan syukur dan tahmid yang dapat aku ungkapkan. Aku terlalu gembira walaupun aku tahu aku akan terima risiko yang tinggi.
Dua minggu selepas itu badanku menjadi lemah. Mungkin inilah risikonya. Aku tetap menggagahkan diri untuk ke sekolah kerana aku perlu menghadapi peperiksaan penting. Aku menghadapi SPM tahun ini. Peperiksaanku bakal tamat tidak lama lagi. Aku perlu terus kuat.
Saat itu, aku dapat rasakan hayatku sudah tidak panjang. Aku mahu menamatkan peperiksaan ini sebelum aku pergi.
Lama-kelamaan aku bertambah lemah. Wajahku pucat. Aku tetap tersenyum walaupun pada hakikatnya jiwaku sedang menangis menahan sakit yang tidak tertanggung.
Sewaktu aku sedang mengulangkaji pelajaran, adikku yang telah pulih datang menemuiku.
"Kakak... Kenapa kakak tipu adik? Kenapa kak?" Adikku tiba-tiba bertanya tentang perkara yang mahu aku lupakan.
"Errr... Kakak cuma..." Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan.
"Kenapa kak? Kalau Sarah tahu kakak yang dermakan Sarah takkan terima. Sekarang ini kakak semakin sakit. Sarah tak mahu kakak sakit. Sarah tak mahu kakak mati! Sarah mahu beritahu ibu! Sarah tak kira !" Adikku mengugut.
"Sarah! Kalau Sarah sayangkan kakak Sarah kena rahsiakan perkara ini sampai masanya tiba. Sarah, kakak mohon sangat jangan dulu ya Sarah?Kakak tak sedia." Aku merayu pada adikku.
"Hmmmmmm... Sampai bila kak?Adik tak sanggup tengok kakak terus menderita. Adik sayangkan kakak. Sampai hati ibu mengaku dia yang mendermakan darah. Ibu kata ibu sayang adik. Tapi ibu tak sanggup berkorban untuk adik. Kakak, terima kasih. Adik bertuah sangat sebab dapat kakak yang baik hati. Adik sayang kakak!" Adikku memelukku seeratnya sambil menangis.
"Kakak pun sayang adik! Kakak janji akan jaga adik. Itupun kalau hayat kakak masih panjang." Aku membalas pelukannya. Aku sebak. Aku tahan empangan itu daripada pecah dan. Aku tewas.
Esok merupakan hari terakhir aku menduduki peperiksaan SPM. Waktu itu, aku rasakan seperti tubuhku tidak bertulang. Lemah sekali. Badanku longlai, tetapi aku gagahkan diri aku. Aku harus tempuhinya. Tetapi, seakan ada sesuatu yang cuba menghalang aku.
Aku bangun dari katilku, mahu berwuhuk. Badanku terhuyung-hayang, tidak seimbang. Kepalaku berdenyut, mataku semakin kabur, aku maju selanghkah dan terus...
Keesokan harinya, aku tersedar dari pengsanku. Mataku samar-samar melihat kelibat beberapa tubuh yang berdiri dihadapanku. Semakin lama, semakin jelas.
"Ibu, Adha kat mana ni?" Aku menyoal ibu yang berada dihadapanku.
"Kamu di hospital. Kamu pengsan semalam. Raudhah, maafkan ibu, kamu terpaksa menanggung semua ini. Ibu silap, ibu tak sanggup berkorban untuk adik kamu. Maafkan ibu nak. Maafkan ibu, sebab kamu terpaksa tanggung risikonya. Maafkan ibu juga sebab, kamu terpaksa mengambil peperiksaan di hospital. Semoga berjaya nak. Maafkan ibu." Ibuku berkata.

Gambar hiasan
"Ibu tak salah. Adha yang buat keputusan." Aku membalas. Sekurang-kurangnya, ada juga rasa sayang ibu kepada aku.
"Ibu pergi dulu ya nak. Kamu akan ditemani oleh pengawas peperiksaan ini." Ibuku berkata lalu meminta diri.
Tanganku terketar saat aku menjawab peperiksaan SPM. Ini merupakan kali pertama aku menduduki peperiksaan di hospital dan mungkin ini juga menjadi hari terakhir buatku.
Aku cuba sedaya upaya aku untuk menjawab soalan. Aku cuba menginati kembali apa yang aku pelajari sewaktu aku mengulang kaji semalam. Aku cuba memerah otakku namun aku menemui jalan buntu. Setiap kali aku memaksa otakku berfikir, kepalaku berdenyut kuat. Sakit, perit.
Aku cuba menahan sedayaku. Namun, sesekali aku tewas. Pengawas peperiksaan yang menjagaku memeberi dorongan kepadaku. Mungkin kerana rasa peri kemanusiaannya dan sifat prihatinnya, dia terus menerus memberi semangat kepadaku.
Aku seperti mahu menangis, tetapi aku tahan. Aku cuba untuk kuat. Aku menekup mukaku. Beristighfar dan berzikir. Aku teringat arwah ibu. Segala dorongan dan semangat yang arwah berikan padaku suatu ketika dahulu seolah–olah memebakar semangatku untuk terus berusaha. Satu demi satu kata-kata semangat muncul dibenak ingatan.
"Tidak ada lautan yang luas, lurah yang dalam, bulan yang tinggi dan jalan yang susah bagi orang yang mahu."
"Jatuh tujuh kali, bangunlah lapan kali. Terus berusaha dan kuatkan semangat. Cekalkan hati, yakin pada diri."
"Ummi...Adha akan buktikan pada ummi, Adha mampu lakukannya! " Aku bermonolog di dalam hati. Aku bertekad dan berazam.
Aku mengangkat semula kepalaku dan terus menjawab soalan yang masih tertinggal. Seolah-olah ada semnagat yang mendorongku.
Akhirnya aku berjaya menjawab semua soalan. Aku hanya mampu menarik nafas lega. Satu tanggungjawabku sebagai seorang pelajar sudah terlaksana. Walaupun aku tidak yakin aku mampu berjaya dengan cemerlang.
Hari peperanganku sudah berakhir. Kini , keputusan yang dinanti. Aku tidak yakin dan tidak pasti sama ada aku masih punya masa. Aku tak yakin, aku mampu bertahan selama tiga bulan lagi. Aku pejam mata serapatnya dan menadah tangan lalu menyusun kalam bersatu.
"Ya Allah, sesungguhnya engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Rabb, hambamu yang satu ini lemah, ya Tuhan. Aku mohon agar diberi sedikit kekuatan untuk aku menempuhi hidupku yang semakin singkat. Aku mohon ya Tuhan, Kau panjangkanlah sedikit lagi umurku, agar aku dapat memegang sendiri dan melihat sendiri hasil usaha aku selama ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui." Aku berdoa dengan penuh harapan.
Seminggu selepas aku dihospital, aku dibenarkan pulang. Aku semakin pulih walaupun pada hakikatnya masaku semakin singkat. Kata doktor, aku kuat. Beliau tidak menjangkakan aku masih boleh bertahan. Aku meminta agar doktor merahsiakan dulu tentang keadaanku yang sebenar. Walaupun pada mulanya dia tidak bersetuju, aku tetap memaksanya.
Hari demi hari , aku lalui dengan tangisan disebalik senyuman. Sakitku semakin perit. Aku cuba kuatkan diri. Akan tetapi, aku hanya manusia lemah yang menunggu saat-saat terakhir.
Dua bulan selepas itu, keadaanku bertambah parah, makin kritikal. Aku cuba selindung segalanya, tetapi, adikku selalu mengugut agar segera mendapatkan rawatan.
Sudahku nyatakan berulangkali, penyakitku tidak dapat diubati lagi. Masaku semakin singkat. Aku memberitahunya agar tidak terlalu memikirkan tentang keadaanku.
"Adik..doakan kakak ya. Agar umur kakak dipanjangkan sedikit. Kalau berkesempatan, kakak mahu tunggu kepeutusan keluar. Lebih kurang sebulan lagi. Doakan kakak ya dik.." Aku berkata sambil mengusap kepalanya.
Aku lihat manik-manik jernih mula mencium pipinya. Dia menangis teresak-esak. Wajahnya yang sangat comel itu membuatkan aku tersenyum. Pipinya merah. Sangat comel.
"Kakak..Adik tak mahu kehilangan kakak..Adik sayang kakak. Kenapa kakak seksa diri kak? Kenapa kakak rahsia dari ibu? Kenapa? Kakak tak sayang adik ke? Sampai bila perkara ini akan berlarutan?"Adikku mendakapku seeratnya.
Waktu itu, aku dpat rasakan hangat kasih sayang seorang manusia yang bergelar adik. Walaupun kami saudara tiri, keakraban kami melebihi segalanya. Aku rasa bersyukur kerana dikurniakan adik seperti Sarah.
"Adik..kakak minta maaf..kakak tak mampu jaga adik lagi..kakak tak larat..kakak rasa kakak dah tak kuat lagi.." Aku berbisik sendiri.
"Kakak..adik tahu..kakak kuat. Adik yakin, kakak boleh! kakak ada semangat untuk hidup yang tinggi. Jangan berputus asa. Walaupun sarah tahu, kakak pasti akan tinggalkan Sarah, Sarah tetap yakin, kakak masih boleh bertahan!" Adikku tiba-tiba bersuara lagi seolah-olah dia dapat membaca bisikan hatiku.
Aku tergamam. Adikku tahu isi hatiku. Aku terus mengeratkan lagi pelukan aku. Dia kurniaan Allah S.W.T yang sangat berharga dalam hidupku. Aku sayangkan adikku, Sarah.
Seminggu sebelum keputusan keluar, aku dimasukkan ke hospital. Waktu itu, tiada apa yang boleh diselamatkan lagi. Aku hanya menunggu waktu, menunggu saat untuk menyambut seruan-Nya.
Aku telah merelakan segalanya. Aku reda. Bagiku, kesedihan ini adalah tanda kasih, sayang, cinta dan rindu Allah S.W.T kepada aku. Kesedihan juga mengajarku erti kekuatan. Kekuatan seorang pengidap barah otak menjalani kehidupan dengan kesedihan hati yang terus menikam sukma.
Aku belajar erti kesabaran dengan Ujian Allah S.W.T yang diberikan kepada aku. Aku mengenal erti kecekalan hati dengan menerima segala suratan takdir. Aku mencari erti ketabahan dengan menempuhi segala pancaroba tanpa mengeluh.
Akhirnya, Allah S.W.T berikan aku kekuatan, kesabaran, kecekalan dan ketabahan.
"Allah tak akan beri apa yang kita mahu , tetapi Allah akan beri segala yang kita perlu."
Ibuku sudah mengetahui rahsiaku. Dia sudah ketahui segalanya. Pertama kali dalam hidupku, aku melihat dia bersedih, kerana aku.
"Adha..ibu minta maaf. Ibu sedar, ibu tak pernah prihatin terhadapa kamu. Ibu Cuma mengambil berat tentang adik kamu. Ibu silap. Walaupun kamu cuma anak tiri ibu, kamu tetap anak ibu. Maafkan ibu, Raudhah. Maafkan ibu, ibu tak pernah mengambil sikap ingin tahu setiap kali kamu jatuh sakit. Ibu berpendapat kamu hanya sakit biasa dan inginkan perhatian. Maafkan ibu. Ibu kejam! maafkan ibu nak.." Ibuku mengharapkan kata maaf dariku. Dia menangis semahunya.
Dalam kepucatan wajahku , masih ada lagi senyuman yang aku hadiahkan walaupun hambar, aku tetap ikhlas. Sebenarnya, apa yang diungkapkan ibu sangat bermakna bagi aku. Ungkapan ibu membuatkan aku terharu sekaligus membuatkan aku sebak.
Aku tetap tabahkan hati untuk tidak menangis, aku tidak mahu orang melihat aku sedih. Walau pada hakikatnya, hatiku menangis kerana sakit yang tidak mampu aku tanggung lagi.
"Ibu..ibu tak bersalah. Adha tak ambil hati pun dengan ibu. Ini keputusan Adha, Adha yang mahu merahsiakannya. Adha tak mahu ibu dan abi risau. Adha tak mahu ibu abaikan adik. Adha sebenarnya mahu rahsiakannya dari semua orang, tetapi, adik Adha yang cerdik ni, pandai-pandai saja baca diari Adha. Adha juga minta adik rahsiakan dari ibu dan abi. Adha tak mahu melihat orang yang Adha sayang sedih. Adha tak sanggup. Adha lebih rela menanggung sakit ini, daripada melihat orang yang Adha sayang bersedih."
Tiba-tiba ayahku mencelah.
"Raudhah.. Abi juga minta maaf. Abi lalai dalam menjaga kamu. Abi minta maaf tak dapat jadi ayah yang terbaik untuk kamu dan Sarah. Abi terlalu sibuk dengan misi abi sampai lupakan anak abi yang sedang berperang dengan penyakit yang sangat menjejaskan kesihatan anak abi. Abi minta maaf.."
"Abi.. abi juga tak bersalah. Adha faham keadaan abi. Adha bangga sebab Adha ada ayah yang berjihad menolong mangsa kekejaman zionis. Adha tahu, abi merantau untuk menolong saudara-saudara seislam kita yang dalam kesusahan."
Setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat aku menghabiskan saat-saat terakhir ku dengan berzikir, mengabdikan diri sepenuhnya kepada Sang pencipta. Aku menggagahkan diri untuk bangun mengerjakan ibadah wajib dan sunat.
Hari Isnin, 19 Mac 2009 merupakan tarikh keramat. Tarikh yang sangat bermakna buat semua calon sijil pelajaran Malaysia. Hari ini hari keputusan SPM diumumkan. Aku yang menunggu saat itu tiba bersorak gembira di dalam hati.
"Subahanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!" Aku bersorak di dalam hati.
Aku bersyukur kerana Allah S.W.T makbulkan permintaanku. Dia memanjangkan umurku lagi. Walaupun aku tahu, pasti saat untuk aku pergi itu semakin menghampiri. Aku tidak peduli, asalkan hari yang dinanti itu sudah pun tiba.
Aku menunggu ibu dan abi di hospital. Sambil menggengam warkah yang terakhir dari aku buat ibu. Aku menanti dengan penuh sabar. Hatiku berdegup kencang. Sangan berdebar.
Sedang aku asyik melihat berita tv tentang keputusan SPM , tiba-tiba pintu wadku terkuak. Aku melihat ibu dan ayahku memasuki ruang wad.
"Kenapa mereka seperti tidak gembira? Adakah aku?" Aku membuat andaian didalam hati.
"Ibu.. Adha tak lulus ke ibu..? abi..Adha tak cemerlang ya?" Aku bertanya cemas.
Ibu dan ayahku memandang wajahku yang pucat sedalamnya. Ku lihat ibu menangis terus. Ibu menggengam tanganku erat. Aku tak mengerti. Apa semua ini? Aku tak lulus ke? Bermacam-macam andaian aku buat.
"Adha.." ibu mula bersuara.
"Kamu lulus cemerlang sayang! sangat cemerlang!" Ibuku menyampaikan berita gembira.
Aku terkejut lalu terus menangis kegembiraan. Aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T, sekali lagi, Dia menunjukkan hikmah disebalik ujian yang Dia berikan.
Tiba-tiba, nafasku tersekat. Nafasku semakin sesak. Aku semakin nazak. Nafasku tercungap-cungap. Ibu yang cemas segera memanggil doktor. Lalu aku diberikan bantuan pernafasan.
"Raudhah, kamu bertahanlah sayang. Jangan tinggalkan kami lagi. Ibu belum berkesempatan untuk menebus kesalahan ibu kepada kamu. Jangan tinggalkan ibu dulu sayang"
Ibu meletakkan keputusan SPM ku di dalam genggaman tanganku. Ku jeling sedikit, lalu aku tersenyum. Aku mendapat 10A1. Aku sangat gembira. Walaupun aku tidak berkesempatan untuk meraikan kejayaan itu lebih lama, aku tetap bersyukur.
" Ibu, abi dan Sarah..." Aku memanggil lemah.
"Adha rasa Adha tak kuat lagi. Adha tak larat lagi. Adha betul-betul rasa lemah. Adha tak boleh tanggung lagi. Adha rasa macam nak tidur.. Adha rasa Adha perlu berehat..Adha mahu berehat supaya nanti kita dapat meraikan kejayaan ini bersama-sama selepas Adha berehat." Aku berkata lemah.
"Adha..tunggu dulu sayang. Jangan pergi dulu. Kamu bertahanlah sayang."
"Kakak, jangan tinggalkan adik lagi! Kakak kata kakak nak jaga adik! Kakak tipu adik! Kakak jahat!"Adikku menangis sambil memukul lemah badanku.
"Kakak pergi dulu ya.. kakak minta maaf adik.." Aku bersuara lemah lalu menghembuskan nafas terakhirku. Wajahku yang pucat tidak berdarah itu menghadiahkan senyuman hambar yang terakhir sesaat sebelum aku pergi.
"Adha!!! jangan tinggalkan ibu nak! " Ibuku meraung. Ayahku sudah pun terduduk pabila melihat tubuhku yang tidak bermaya itu tidak lagi bernafas.
Warkah yang aku tulis buat ibu itu terjatuh. Lalu ibu mengambil dan membacanya.
"Ibu.. terima kasih.. sebab pernah sayang pada Adha, ibu, saat ini, pastinya Adha tidak lagi bernyawa. Adha tak mampu balas budi ibu. Maafkan Adha. Ibu, jagakan adik untuk Adha ya. Adha sayang adik. Adha juga sayangkan ibu dan abi. Ibu, Adha yakin, pemergian Adha ini pasti ada hikmahnya. Terimalah dengan lapang dada. Ini mungkin peringatan kepada kita semua supaya sentiasa bersedia menghadapi apa-apa jenis dugaan dengan sabar. Ketahuilah ibu, Adha tidaklah sekuat yang disangka. Adha juga manusia lemah. Manusia yang selalu kalah dan selalu berputus asa. Tetapi, Adha belajar mengenal erti kesabaran itu dengan sentiasa bersabar dengan ujian Allah. Adha percaya, setiap ujian itu, pasti ada hikmahnya. Allah menjanjikan kita sesuatu yang bermakna buat kita. Adha juga mendapat kekuatan untuk terus hidup daripada semangat dan kegigihan yang Adha cuba serapkan dalam diri. Arwah ummi pernah berpesan pada Adha, supaya menjadi seorang muslimah, mujahidah, muslihah dan seorang mukminah. Adha rasa Adha tak mampu jadi seperti harapan Ummi. Adha berharap agar ibu mampu mendidik Sarah menjadi seperti harapan ummi pada Adha dulu. Anggaplah ini permintaan terakhir Adha. Sekian saja dari Adha. Selamat tinggal ibu. Semoga diberkati selalu..." Anakmu, Raudhah Sakinah