Pages

Saturday 20 August 2011

andai ku punya waktu...

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Seperti hari2 biasa aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat walaupun pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Sementara anak2 & isterikusedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan itu, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 bahasa dari tingkap rumah yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tidak kelihatn mukanya lengkap berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mataku.

Aku sangat terkejut dengan kedatangan orang asing itu. Sebelum sempat bertanya siapa dia,tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untukku bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap
menghirup udara seperti biasa. aku dapat merasakan di kala waktu itu ada sesuatu yang muncul dalam badanku...seakan merayap pelan2 di tapak kakiku terus ke betis dan paha...... benda itu terus berjalan dan berjalan ke dada,oesophagus dan akhirnya ke kekerongkongku. . "aaaahhhhh.....sakittttttttt"bisik hatiku.

Keluar airmataku kerana menahan rasa sakit... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.
"kkhh. ........ khhhh...... "kerongkonganku berbunyi.
Sakit rasanya, amat teramat sakit..... aku tidak pernah merasa sakit sebegini seumur hidupku.Badanku gementar,peluh keringat meluncur deras dan mataku terbelalak manakala air
mtaku meluncur laju...seketika kemudian,aku dapat merasakan sesuatu keluar dari badanku.

Aku melihat lelaki misteri itu membawa pergi sesuatu...sesutu yang keluar dari tubuhku dan lelaki itu terus pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan mataku..
Aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar,bertenaga tidak seperti selalunya....Aku hairan dengan perubahan tiba2 yang berlaku kepada diriku... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 berlari berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang
terbujur kaku ducuk tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Dapat kulihat kulitnya membiru.
"Siapa dia???????Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis???mereka menjerit histeria pulak tu!!!!!adakh isteriku menduakan aku??"jerit aku kuat,namun tiada siapa mempedulikanku..

Aku mampir ke sofa.Ingin aku lihat siapakah dia yang membuatkan keluargaku menangis sebegitu rupa dan betapa terkejutnya aku pabila melihat wajahnya yang seiras denganku. "
Dia......... dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????"desusku.

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu ..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kepada mereka bahawa itu bukan aku.Itu orang asing yang telah mengambil tubuhku Aku cuba jelaskan kepad mereka bahawa aku berada di sini,di tepi mereka.. Aku mulai berteriak melaung laung memanggil isteri dn anak2ku..
tapi mereka seolah tak mendengar dan x dapat melihat jasadku.. Dan mereka terus-menerus menangis....
aku sedar..
aku sedar bahawa lelaki misteri tadi yang telah membuat aku begini
Appakah aku telah mati Ya Allah..benarkah??Ya..aku telah mati..Itu adalah jasadku yang terbujur kaku di atas sofa..itu aku...Ya Allah!!!!!!!!
Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak guna aku menangis....berteriak kerana x mungkin mereka akan mendengar apatah lagi melihatku...


Sungguh aku sedih dan kecewa..Sepanjang hidupku selama 45 tahun ini banyak benda lagi yang belum aku lakukan.Banyak masaku dihabiskan berada di pejabat berbanding masa berada di rumah atau di masjid.Solatku pun kekadang tertinggal kerana kesibukanku mengejar wang..Aku tidak menjadi ketua kelurga yang baik selama ini..Isteriku sering sahaja mengeluh dengan kesibukanku sehingga tidak ada masa untuk dia dan anak2..Aku ingat sepanjang aku hidup tidak pernah aku pergi ke sekolah apabila ada perjumpaan antara guru dan ibu bapa.Semua itu aku serahkan 100% kepada isteriku..
Ya Allah...sungguh aku lalai dalam lena yang panjang...Aku terlalu sibuk mengejar pangkat dan wang ringgit sehingga aku melupakan sesuatu yang lebih penting dalam kehidupanku ini..Ya Allah..ampuni aku Ya ALLah...
Tapi kini waktuku sudahhabis.......masaku telah terlewat....
Ya Allah...
Aku menyesal Ya Allah kerana aku terlambat menyedari hakikat ini....
Aku mati dalam keadaan belum solat Ya Allah......
Ya Allah...jika aku punya waktu untuk kembali pada ketika ENGKAU belum mengambil nyawaku ingin rasenya aku duduk bersimpuh, mengakui segala dosa-dosaku yang lalu & berbuat
kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada
keadaan yang lebih bersedia.

Ya Allah..mungkinkah itu akan terjadi sedangkan aku tahu bahawa ajalku telah ditetapkan olehMU.....
___________________________________________________________________________________
Kawan2..sungguh kita tidak tahu bilakah ajal akan menemui kita...
dua minit lagi...
3 jam lagi....
esok...
lusa..
tulat...
namun cuba tanya pada diri bersediakah kita untuk menempuh semua itu?Adakah amal yang kita lakukan cukup untuk menjamin kita akan masuk syurga??

kawan2...jangan menyesal di kemudian hari..Jangan nanti bila roh dah berpisah dengan jasad barulah kita beria-ia nak buat amal kebajikan.Kenapa dulu xleh nak buat?baru rasa takut pabila jasad yang dipuja-puja dahulu tak berguna lagi??
Marilah kita berlumba2untuk melakukan kebaikan tak kiralah apa2pun....macam kita sekarang ni tanggungjawab kita yang utama adalah study,jadi study betul2...ni pun adalah satu amal malah Allah amat menyukai orang yang menuntut ilmu.Tapi,jangan study smpai tak ingat solat,makan,keluarga,hak ahli rumah,kawan2...pandai2 lah kita seimbangkan dunia dan akhirat ya..moga kita semua tergolong dalam golongan orang yang diredhai olehNYa...

Mari menjadi yang terbaik pada hari ini. Menjalani pertaubatan yang terbaik pada hari ini, melaksanakan ibadah yang terbaik selama hidup kita pada hari ini, menjadi orang terbaik yang pernah hidup pada hari ini, menjadi seseorang yang terbaik bagi orang lain. Menjadi orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. Jadikan segalanya, jalani segalanya, lakukan segalanya, buat segalanya dengan baik, karena hari ini kita hidup bersama segala yang kita jumpai. Tak ada jaminan bagi kita untuk hidup pada hari esok.

0 comments:

Post a Comment