Pages

Sunday, 28 August 2011

baca la ya..:)

Assalamualaikum...

Wahai sahabat² seagama denganku…

Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....

3 Minit je, tak lama pun..

............ Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
...

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...

tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..

tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...

lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...

kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..

amat lemah..

baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..

tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

Kenapa?
gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..

berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...

berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????

Wallahualam…
Sebarkan sbg peringatan sesama

Monday, 22 August 2011

Cinta Kerana Allah....


“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, “Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku”, begitu penjelasannya.
“Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam!” itu jawapan  pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.
Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta.
“Jadi dia masih takut pada Allah?”, kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tetapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.
Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa,  si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. “Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku”, tanya sang gadis.
“Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana?” jawabnya.
Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir.” Jawab sang gadis.
“Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?” tanya pemuda lagi.
“Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku” jawab si gadis.
Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.
Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita?  yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.
Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi  kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau  cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.

Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin

Wanita Yang Harus Dicintai


Rasulullah Muhammad saw adalah contoh tauladan untuk kita umat Islam. Begitu juga para isteri baginda merupakan contoh wanita solehah. Wanita yang paling dicintai Rasulullah adalah ibu dan isterinya Khadijah. Kenapa ibunya? sebab ibu baginda adalah wanita yang mengandung dan melahirkannya dan Siti Khadijah adalah seorang wanita yang sempurna.
Kecantikkan jiwanya, kebersihan hatinya, keimanannya , kecerdasannya, kesetiannya merupakan magnet yang membuatkan  hati seorang pemuda bernama Muhammad luluh. Wanita seperti khadijah merupakan ciri  wanita yang layak dicintai, tetapi di zaman ini ada lagikah wanita seperti itu ?
Bukan bererti pada zaman  ini tiada, tetapi jarang.
Menemui wanita solehah  seperti isteri Rasulullah bukanlah  mudah. Mendekatinya juga sukar. Perkara ini seperti mencari jarum yang hilang. Mungkin wanita itu dikatakan cantik rupa dan tubuhnya, tetapi belum tentu dia memiliki akhlak yang cantik. Kecantikan rupa dan kemolekkan tubuh seorang wanita bukanlah standard ukuran yang dinilai oleh Allah SWT, melainkan dia sentiasa menghiasinya, dengan akhlak yang mulia, ketakwaan dan keyakinannya kepada Allah
Jika  seorang wanita dah memilik keyakinan yang kuat,dan tak mudah terhakis  oleh sekuat manapun badai, dialah wanita yang dapat dikatakan wanita yang layak dicintai oleh Allah,  suami dan keluarga.
Wanita yang harus dicintai, tidak akan menjadikan kecantikkan yang dimilikinya sebagai kebanggaan yang dapat menjerumuskan kepada sifat riak  atau sombong.  Akibatnya menyebabkan wanita tersebut membuang  jutaan wang hanya untuk merawat tubuh dan kecantikkan yang bersifat sementara dan tidak kekal.
Padahal dalam al Quran dan jelas dilarang untuk tidak menduniakan kecantikkan. Dalam surah al-ahazab ayat 33 diterangkan yang ertinya “Janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu”
Tidak ada sesuatu pun yang dapat mengubah  penampilan dan kecantikkan seorang wanita selain kekuasaan Allah taala dengan segala izinnya. Wanita cantik dan harus untuk dicintai akan terpancar dari hati yang bersih dan sikap yang baik dan kata – kata yang sopan, pakaian yang mencerminkan wanita solehah.
Kadangkala,  kita pernah terjumpa wanita seperti itu, tetapi itu hanya sekadar topeng.  Lama – kelamaan, sifat sebenar mereka akan terbongkar. Sebab yang asli akan tetap asli.
Selain dari itu, sifat wanita yang layak dicintai dapat di lihat dari kerendahan hatinya dengan bersikap hormat kepada  sesiapa pun tanpa membezakan darjat dan martabat. Kerana dia tahu setinggi mana pun ilmunya,  dia tetap wanita yang mengerti dan tahu tugasan serta tanggungjawabnya sebagai wanita didalam rumahnya.
Dan wanita yang layak dicintai juga sentiasa rendah hati terhadap manusia lain. Walau ada perbezaan, tetapi dia yakin perbezaan itu hanya dimata manusia sebab tidak ada manusia yang berbeza dimata Allah. Ketakwaan dan keimanan seseoranglah yang membezakannya dimata Allah. Wanita yang mulia kerana hidup glamour atau berjawatan tinggi, bukanlah jaminan kebahagiaan. Tetapi ketenteraman hati dan ketenangan jiwa adalah kunci segalanya.
Seorang wanita yang harus dicintai ibarat lebah yang memberikan manfaat untuk semua orang. Hasil yang diberikannya adalah madu. Dengan madu tersebut,  banyak manusia yang dapat merasakan manfaatnya. Si pencari madu  boleh memberi makan anak isterinya dengan menjual madu tersebut dan banyak lagi manfaatnya.

Wanita yang harus dicintai juga akan menyedarkan umur kita yang sebenar. Menyedarkan waktu yang kita gunakan untuk bebuat kebaikan, membahagiakan orang lain, menghibur orang yang sedang bersedih untuk mencapai keredhaan Allah dan rasa syukur kepada Allah.
Dan  wanita yang harus dicintai akan sedar akan dirinya yang tidak dapat lari dari  kematian. Dalam mempersiapkan bekalnya, dia akan sentiasa berbuat kebaikkan, dan perkataan yang selalu keluar dari mulutnya adalah zikir sehingga dia mampu mengingati Allah dalam keadaan susah mahupun senang.
Beberapa point untuk dapat menjadi wanita yang harus dicintai :
1.Iman yang kuat,sentiasa taat beribadah, istiqamah dan sabar serta ikhlas.
2.Bersifat Mulia dan Bersifat mulia dalam pergaulan, tingkahlaku dan bertutur kata.
3.Berfikiran positif, tidak buruk sangka dan sentiasa berada dalam senyuman.

Wanita Yang Berwajah Tidak Cantik


Seorang gabenor pada zaman Khalifah Al-Mahdi, pada suatu hari mengumpulkan sejumlah rakyatnya dan menaburkan wang dinar dihadapan mereka. Semuanya saling berebut untuk memungut wang itu dengan riang gembira. Kecuali seorang wanita berkulit hitam dan berwajah buruk.
Dia hanya diam sahaja tidak bergerak, sambil memandang jiran – jirannya yang sebenarnya lebih kaya dari dirinya, tetapi  seolah-olah mereka  kekurangan harta.
Dengan kehairanan Gabenor bertanya, “Mengapa engkau tidak memungut wang dinar itu seperti jiran engkau yang lain?”
Wanita berwajah buruk itu menjawab, “Mereka cari wang dinar sebagai bekal dunia. Sedangkan yang saya memerlukan bukan dinar melainkan bekal akhirat.”
“Maksud kamu?” tanya Gabenor yang mulai tertarik akan keperibadian perempuan itu.
Maksud saya, wang dunia sudah cukup. Yang masih saya perlukan adalah bekal akhirat, iaitu solat, puasa dan zikir. Kerana perjalanan di dunia amat pendek jika dibandingkan dengan pengembaraan di akhirat yang panjang dan kekal.”
Dengan jawapan seperti itu, Si Gabenor merasa telah disindir tajam. Dia insaf, dirinya selama ini hanya sibuk mengumpulkan harta benda dan melalaikan kewajipan agamanya. Padahal kekayaannya melimpah ruah, tidak akan habis dimakan keluarganya sampai tujuh keturunan. Sedangkan umurnya sudah di atas setengah abad, dan Malaikat Izrail sudah mengintainya.
Akhirnya Gabenor  jatuh cinta kepada perempuan buruk  itu. Khabar itu tersebar ke segenap pelusuk negeri. Menteri dan orang besar negara sangat hairan, bagaimana seorang Gabenor boleh menaruh hati kepada perempuan  hodoh itu.
Maka pada suatu kesempatan,  mereka diundang oleh Gabernor dalam sebuah pesta mewah. Semua rakyat, termasuk wanita yang  hodoh tadi. Mereka diberikan gelas cristal yang bertahtakan permata, berisi minuman anggur segar. Gabenor  memerintah agar mereka membaling gelas masing-masing.
Semuanya kebingungan dan tidak mahu menuruti perintah itu.
Namun, tiba-tiba terdengar bunyi berderai, tanda ada orang gila yang melaksanakan perintah itu. Itulah si perempuan berwajah buruk tersebut. Di kakinya terdapat pecahan gelas berhamburan. Semua orang nampak terkejut dan kehairanan. Gabenor itu bertanya,“Mengapa kamu membaling gelas itu?
Tanpa takut wanita itu menjawab :
Ada beberapa sebab:
Pertama, dengan memecahkan gelas ini bererti berkurangnya kekayaan Tuan. Tetapi, pada saya perkara itu lebih baik,  kerana kewibawaan Tuan terjaga  lantaran perintah Tuan tidak dipatuhi.”
Gabenor  terkesima. Para tetamunya juga kagum akan jawapan yang masuk akal itu.
Sebab lain?” tanya Gabenor itu lagi. Wanita itu menjawab.
“Kedua, saya hanya mentaati perintah Allah. Sebab di dalam Alquran, Allah memerintahkan agar kita mematuhi Allah, Utusan-Nya, dan para penguasa. Sedangkan Tuan adalah penguasa, atau ulil amri, maka  saya laksanakan perintah Tuan.”
Gabenor semakin takjub. Demikian pula para tetamunya.
“Masih ada sebab lain?”
Perempuan itu mengangguk dan berkata.
“Ketiga, dengan saya memecahkan gelas itu, orang-orang akan menganggap saya gila. Namun, perkara ini baik buat saya. Biarlah saya di cap gila daripada tidak melakukan perintah Gabenornya, yang bererti saya sudah berbuat derhaka. Tuduhan saya gila, akan saya terima dengan lapang dada daripada saya dituduh derhaka kepada penguasa saya. Itu lebih berat buat saya.
Maka Gabenor yang sedang menduda itu melamar lalu menikahi perempuan hodoh dan hitam legam itu. Semua yang mendengar sangat gembira kerana Gabenor memperolehi  jodoh  yang bukan sahaja taat kepada suami, tetapi juga taat kepada gabenorrnya, kepada Nabinya, dan kepada Tuhannya.