Pages

Saturday, 20 August 2011

andai ku punya waktu...

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Seperti hari2 biasa aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat walaupun pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Sementara anak2 & isterikusedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan itu, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 bahasa dari tingkap rumah yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tidak kelihatn mukanya lengkap berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mataku.

Aku sangat terkejut dengan kedatangan orang asing itu. Sebelum sempat bertanya siapa dia,tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untukku bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap
menghirup udara seperti biasa. aku dapat merasakan di kala waktu itu ada sesuatu yang muncul dalam badanku...seakan merayap pelan2 di tapak kakiku terus ke betis dan paha...... benda itu terus berjalan dan berjalan ke dada,oesophagus dan akhirnya ke kekerongkongku. . "aaaahhhhh.....sakittttttttt"bisik hatiku.

Keluar airmataku kerana menahan rasa sakit... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.
"kkhh. ........ khhhh...... "kerongkonganku berbunyi.
Sakit rasanya, amat teramat sakit..... aku tidak pernah merasa sakit sebegini seumur hidupku.Badanku gementar,peluh keringat meluncur deras dan mataku terbelalak manakala air
mtaku meluncur laju...seketika kemudian,aku dapat merasakan sesuatu keluar dari badanku.

Aku melihat lelaki misteri itu membawa pergi sesuatu...sesutu yang keluar dari tubuhku dan lelaki itu terus pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan mataku..
Aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar,bertenaga tidak seperti selalunya....Aku hairan dengan perubahan tiba2 yang berlaku kepada diriku... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 berlari berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang
terbujur kaku ducuk tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Dapat kulihat kulitnya membiru.
"Siapa dia???????Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis???mereka menjerit histeria pulak tu!!!!!adakh isteriku menduakan aku??"jerit aku kuat,namun tiada siapa mempedulikanku..

Aku mampir ke sofa.Ingin aku lihat siapakah dia yang membuatkan keluargaku menangis sebegitu rupa dan betapa terkejutnya aku pabila melihat wajahnya yang seiras denganku. "
Dia......... dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????"desusku.

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu ..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kepada mereka bahawa itu bukan aku.Itu orang asing yang telah mengambil tubuhku Aku cuba jelaskan kepad mereka bahawa aku berada di sini,di tepi mereka.. Aku mulai berteriak melaung laung memanggil isteri dn anak2ku..
tapi mereka seolah tak mendengar dan x dapat melihat jasadku.. Dan mereka terus-menerus menangis....
aku sedar..
aku sedar bahawa lelaki misteri tadi yang telah membuat aku begini
Appakah aku telah mati Ya Allah..benarkah??Ya..aku telah mati..Itu adalah jasadku yang terbujur kaku di atas sofa..itu aku...Ya Allah!!!!!!!!
Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak guna aku menangis....berteriak kerana x mungkin mereka akan mendengar apatah lagi melihatku...


Sungguh aku sedih dan kecewa..Sepanjang hidupku selama 45 tahun ini banyak benda lagi yang belum aku lakukan.Banyak masaku dihabiskan berada di pejabat berbanding masa berada di rumah atau di masjid.Solatku pun kekadang tertinggal kerana kesibukanku mengejar wang..Aku tidak menjadi ketua kelurga yang baik selama ini..Isteriku sering sahaja mengeluh dengan kesibukanku sehingga tidak ada masa untuk dia dan anak2..Aku ingat sepanjang aku hidup tidak pernah aku pergi ke sekolah apabila ada perjumpaan antara guru dan ibu bapa.Semua itu aku serahkan 100% kepada isteriku..
Ya Allah...sungguh aku lalai dalam lena yang panjang...Aku terlalu sibuk mengejar pangkat dan wang ringgit sehingga aku melupakan sesuatu yang lebih penting dalam kehidupanku ini..Ya Allah..ampuni aku Ya ALLah...
Tapi kini waktuku sudahhabis.......masaku telah terlewat....
Ya Allah...
Aku menyesal Ya Allah kerana aku terlambat menyedari hakikat ini....
Aku mati dalam keadaan belum solat Ya Allah......
Ya Allah...jika aku punya waktu untuk kembali pada ketika ENGKAU belum mengambil nyawaku ingin rasenya aku duduk bersimpuh, mengakui segala dosa-dosaku yang lalu & berbuat
kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada
keadaan yang lebih bersedia.

Ya Allah..mungkinkah itu akan terjadi sedangkan aku tahu bahawa ajalku telah ditetapkan olehMU.....
___________________________________________________________________________________
Kawan2..sungguh kita tidak tahu bilakah ajal akan menemui kita...
dua minit lagi...
3 jam lagi....
esok...
lusa..
tulat...
namun cuba tanya pada diri bersediakah kita untuk menempuh semua itu?Adakah amal yang kita lakukan cukup untuk menjamin kita akan masuk syurga??

kawan2...jangan menyesal di kemudian hari..Jangan nanti bila roh dah berpisah dengan jasad barulah kita beria-ia nak buat amal kebajikan.Kenapa dulu xleh nak buat?baru rasa takut pabila jasad yang dipuja-puja dahulu tak berguna lagi??
Marilah kita berlumba2untuk melakukan kebaikan tak kiralah apa2pun....macam kita sekarang ni tanggungjawab kita yang utama adalah study,jadi study betul2...ni pun adalah satu amal malah Allah amat menyukai orang yang menuntut ilmu.Tapi,jangan study smpai tak ingat solat,makan,keluarga,hak ahli rumah,kawan2...pandai2 lah kita seimbangkan dunia dan akhirat ya..moga kita semua tergolong dalam golongan orang yang diredhai olehNYa...

Mari menjadi yang terbaik pada hari ini. Menjalani pertaubatan yang terbaik pada hari ini, melaksanakan ibadah yang terbaik selama hidup kita pada hari ini, menjadi orang terbaik yang pernah hidup pada hari ini, menjadi seseorang yang terbaik bagi orang lain. Menjadi orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. Jadikan segalanya, jalani segalanya, lakukan segalanya, buat segalanya dengan baik, karena hari ini kita hidup bersama segala yang kita jumpai. Tak ada jaminan bagi kita untuk hidup pada hari esok.

Thursday, 18 August 2011

Bercinta Hingga Ke Syurga


Bercinta Hingga Ke Syurga

Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud.
Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.
Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”
Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”
Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.
Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”
Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih…
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.
Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.
Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga
.

Saat Yang Paling Bahagia..


Seorang Isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? “
Suaminya memandang muka isteri dan berkata ” Saat itu belum terjadi lagi.. “
Si Isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”
Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya ‘Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..”

Wednesday, 17 August 2011

Lelaki Yang Soleh


paradigma mukmin
Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?
Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.
Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?
Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.

Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu,
Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari.
Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.

Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:

“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).

Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:

  • Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
  • Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan  sumpah palsu.
  • Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
  • Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
  • Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.

Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri  suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan ituhanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh.  Namun percayalah,  lambat laun akan bermasalah jua.
paradigma mukmin

  • Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

  • Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.

  • Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.

  • Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.

Rasulullah bersabda“ Sesempurna  keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )
Jadi  pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh :)