Pages

Tuesday, 9 August 2011

ZAUJAH SOLEHAH KETUA BIDADARI SYURGA..best sangat2..:)


Bila di katakan bahawa para bidadari di syurga nanti kesemuanya jelita, terlalu rupawan serta serba serbinya paling menarik, maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum perempuan ‘Ahli Dunia’ akan muncul yang akan mengisi mahligai syurga kelak? Di dalam syurga kelak kaum perempuan ‘Ahli Dunia’ akan muncul jauh lebih rupawan dan menarik dari para bidadari itu sendiri. Wajah mereka lebih cantik dan jelita, kulit tubuh mereka lebih halus dan licin, demikian juga dengan perhiasan dan pakaian mereka jauh lebih menarik dan berharga dari perhiasan para bidadari di syurga. Pada waktu yang sama kaum perempuan dari dunia yang menjadi pengisi taman syurga nanti dijadikan sebagai ketua bidadari bagi suami masing-masing. lnilah ganjaran yang paling bernilai untuk mereka di mana nanti mereka akan di beri tempat yang istimewa sesuai dengan kebajikan dan amal ibadat yang telah mereka kerjakan di dunia.

Kaum perempuan di beri kemuliaan dan tempat yang lebih tinggi dari para bidadari biasa di syurga lantaran mereka telah melalui berbagai-bagai ujian yang pahit dan manis serta telah pun bertungkus lumus beribadat kepada Allah ketika hidupnya dulu. Di syurga nanti seorang perempuan yang telah bersuami akan terus kembali berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dulu dan di sana nanti dialah yang bakal menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya. Manakala bagi seorang yang telah berkahwin dengan lebih dari seorang lelaki ketika di dunia, maka di syurga nanti yang kelebihannya mereka akan di beri kebebasan untuk memilih salah satu dari lelaki yang pernah mereka kahwini dulu.
Perempuan-perempuan ini nanti akan tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari kemuliaannya daripada bidadari biasa di taman syurga. Dan seperti yang telah di nyatakan bahawa para penghuni taman syurga nanti tidak akan menghadapi masa yang gelap seperti malam. Sebaliknya di syurga nanti para penghuninya melalui hari-harinya seperti bertemu pagi dan petang dengan suatu nur ajaib menjadi cahaya yang bakal meliputi seluruh taman syurga. Di dalam syurga itu kelak tidak akan berlaku sebarang kekecohan, pergaduhan, pertengkaran, sakit hati, hasad dengki dan berbagai-bagai lagi di kalangan para penghuninya yang ramai itu apa lagi di kalangan berpuluh orang bidadari yang menjadi isteri setiap seorang dari lelaki syurga.

Ini kerana segala bibit perasaan dengki, irihati, sombong, bongkak serta sesuatu yang seumpamanya di kikis dan di bersihkan dari hati para penghuninya. Maka aman dan damailah dan akan sentiasa bergemerlapanlah perkampungan syurga setiap saat. Apabila lelaki yang beruntung mula di hantar ke mahligai masing-masing di perkampungan syurga maka akan menunggulah para bidadari yang bakal menjadi isteri masing-masing di pintu mahligai itu dengan kerinduan yang amat sangat. Akan berkatalah para bidadari itu ketika menyambut suami mereka di hari pertemuan paling bererti di syurga nanti. Terlalu lama kami menunggu kedatanganmu. Kami sentiasa riang dan tidak pernah bersedih. Kami sentiasa lurus dan tidak pernah berlaku serong, kami juga hidup dan tidak pemah mati. Mata bidadari itu mengerdip redup dan manis dan tidak henti-henti menatap wajah suami masing-masing dengan hati yang penuh kerinduan. Berkatalah lagi para bidadari itu, “Engkau adalah kekasih kami. Dan kami adalah kekasihmu dan kami juga tidak mengenal orang lain selain darimu.”

Demikianlah suci dan bersihnya cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami masing-masing. Cinta mereka sentiasa tidak berbelah bagi, mereka tidak akan terpikat dengan lelaki lain meskipun semuanya tampan dan bergaya. Suami kepada para bidadari itu telah di tentukan awal-awal lagi. Mereka sudah tahu siapakah bakal suami mereka di akhirat kelak. Mereka mulai mengenal suami masing-masing sejak kelahiran lelaki berkenaan di dunia lagi. Apa yang berlaku ke atas diri lelaki tadi sentiasa di perhatikan oleh para bidadari ini yang tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di Syurga nanti.

Apabila seorang isteri di dunia menyakiti hati suaminya dan menyebabkan suami tersebut tersinggung atau marah maka akan segeralah para bidadari di syurga yang bakal menjadi isteri kepada suami dengan berkata: “Janganlah engkau menyakiti dia kerana ini akan menyebabkan kepada kemarahan Allah ke atasmu. Di sisimu cuma untuk sementara sahaja sebab di akhirat nanti yang menjadi suami kami pula”. Di syurga nanti kaum lelaki yang menjadi penghulu dan raja di mahligai masing-masing akan menghadapi tempoh perkahwinan dan perkelaminan yang paling nikmat dan lazat.

Perkelaminan mereka tidak akan pernah di gugat oleh perasaan resah dan tenaga yang melemahkan, tanpa di hambat oleh perasaan bimbang kerana mungkin akan memperolehi anak yang ramai lantaran mereka tidak akan beranak lagi di syurga nanti. Kemewahan, kebahagiaan dan kesejahterasan para penghuni syurga menghadapi suatu kehidupan yang sebenar dengan kesenangan yang tidak pernah susut mahupun berkurangan iaitu suatu kehidupan yang kekal abadi. lnilah taman syurga untuk manusia yang mahu berfikir dan menggunakan akalnya kepada perkara-perkara yang kebajikan dan di redhai oleh Allah. Dan syurga itu sendiri bukanlah untuk golongan manusia yang melampaui batas dalam kehidupan mereka setiap hari ketika di dunia.

Thursday, 14 July 2011

renungan...

adik: abg tahu tak bila perempuan yg tak tutup aurat akn mula menutup aurat?
abg: p haji la dik, masa nikah,kan?
adik: salah,tekala lagi
abg: (berfikir) masa dah dpt hidayah Allah kn?
adik: salah,nak tahu jawapannya tak, senang ja
abg: apa dia dik?
adik: tadi ustazah ckp kt sekolah, perempuan akn menutup auratnya pabila dia dikafankan,akn tutup buat selamanya
abg: (hebat kata2 ustazah yg mendalam mksdnya)

Tuesday, 12 July 2011

Kisah Taubat Yang Paling Mengagumkan….

Imam Muslim dalam Shahihnya , dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. Pada suatu hari Rasulullah
duduk di dalam masjid, sementara para sahabat beliau duduk mengitari beliau. Beliau mengajari, mendidik dan mensucikan (hati) mereka.
Majelis tersebut dipenuhi oleh sahabat besar Nabi .
Tiba-tiba datanglah seorang wanita berhijab masuk ke pintu masjid. Kemudian Rasul pun diam, dan diam pula para sahabat beliau .
Wanita tersebut menghadap dengan perlahan, dia berjalan dengan penuh gentar dan takut, dia lemparkan segenap penilaian dan pertimbangan manusia, dia lupakan aib dan keburukan, tidak takut kepada manusia, atau mata manusia dan apa yang akan dikatakan oleh manusia.
Hingga dia sampai kepada Rasulullah , kemudian dia berdiri di hadapan beliau, dan mengabarkan kepada beliau bahwa dia telah berzina!!
Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah melakukan (maksiat yang mewajibkan adanya) hukuman had (atasku), maka sucikanlah aku!”
Apa yang diperbuat oleh Rasulullah ?!
Apakah beliau meminta persaksian dari para sahabat atas wanita tersebut?
Tidak, bahkan memerahlah wajah beliau hingga hampir-hampir meneteskan darah. Kemudian beliau mengarahkan wajah beliau ke arah kanan, dan diam, seakan-akan beliau tidak mendengar sesuatu. Rasulullah berusaha agar wanita ini mencabut perkataannya, akan tetapi wanita tersebut adalah wanita yang istimewa, wanita yang shalihah, wanita yang keimanannya telah menancap di dalam hatinya. Maka Nabi bersabda kepadanya: “Pergilah, hingga engkau melahirkannya.”
Berlalulah bulan demi bulan, dia mengandung putranya selama 9 bulan, kemudian dia melahirkannya. Maka pada hari pertama nifasnya, diapun datang dengan membawa anaknya yang telah diselimuti kain dan berkata: “Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina, inilah dia, aku telah melahirkannya, maka sucikanlah aku wahai Rasulullah!”
Maka Nabipun melihat kepada anak wanita tersebut, sementara hati beliau tercabik-cabik karena merasakan sakit dan sedih, dikarenakan beliau menghidupkan kasih sayang terhadap orang yang berbuat maksiat.
Siapa yang akan menyusui bayi tersebut jika ibunya mati? Siapakah yang akan mengurusi keperluannya jika had (hukuman) ditegakkan atas ibunya?
Maka Nabi bersabda: “Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyapihnya, kembalilah kepadaku.”
Maka wanita itupun pergi ke rumah keluarganya, dia susui anaknya, dan tidaklah bertambah keimanannya di dalam hatinya kecuali keteguhan, seperti teguhnya gunung. Tahunpun bergulir berganti tahun. Kemudian wanita itu datang dengan membawa anaknya yang sedang memegang roti. Dia
berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah menyapihnya, maka sucikanlah aku!”
Dia dan keadaannya sungguh sangat menakjubkan! Iman yang bagaimanakah yang membuatnya berbuat demikian. Tiga tahun lebih atau kurang, yang demikian tidaklah menambahnya kecuali kekuatan iman.
Nabi mengambil anaknya, seakan-akan beliau membelah hati wanita tersebut dari antara kedua lambungnya. Akan tetapi ini adalah perintah Allah, keadilan langit, kebenaran yang dengannya kehidupan akan tegak.
Nabi bersabda: “Siapa yang mengkafil (mengurusi) anak ini, maka dia adalah temanku di sorga seperti ini…” Kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut dirajam.
Dalam sebuah riwayat bahwa Nabi memerintahkan agar wanita itu dirajam, kemudian beliau menshalatinya. Maka berkatalah Umar : “Anda menshalatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina.” Maka beliau bersabda:
“Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, seandainya taubatnya itu dibagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah ?” (HR. Ahmad)
Sesungguhnya ini adalah rasa takut kepada Allah. Sesungguhnya itu adalah perasaan takut yang terus menerus berada pada diri wanita mukminah tersebut saat dia terjerumus ke dalam jerat-jerat syetan, dia menjawab jerat-jerat tersebut pada saat lemah. Ya, dia telah berbuat dosa, akan tetapi dia
berdiri dari dosanya dengan hati yang dipenuhi oleh iman, dan jiwa yang digerakkan oleh panasnya maksiat. Ya, dia telah berdosa, akan tetapi telah berdiri pada hatinya tempat pengagungan terhadap Dzat yang dia bermaksiat kepada-Nya. Sesungguhnya ini adalah taubat sejati wahai hamba-hamba Allah.
Ya, ini taubat nashuha wahai hamba-hamba Allah.

Thursday, 16 June 2011

Tidak Terkenal Di Bumi, Tetapi Terkenal Di Langit

Abu Hurairah R.A berkata : Ketika kami di majlis Rasulullah S.A.W tiba-tiba Rasulullah s.a.w bersabda :

"Esok pagi akan ada seorang ahli syurga yang solat bersama kamu. "
Abu Hurairah berkata,

"Aku berharap semoga akulah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w itu. Maka pagi-pagi aku bersolat di belakang Nabi s.a.w dan tetap tinggal setelah semua orang pulang. Tiba-tiba ada seorang hamba hitam berpakaian compang caping datang berjabat tangan dengan Rasulullah s.a.w. sambil berkata,

"Ya nabi Allah, doakanlah agar aku mati syahid.


Maka Rasulullah s.a.w berdoa. Kami terhidu bauan kasturi dari badannya. Kemudian aku bertanya,

"Apakah orang itu ya Rasulullah?
".

Jawab nabi, "Ya, benar. Ia hamba sahaya dari bani fulan." Abu Hurairah berkata,

"Mengapa tidak kau beli dan merdekakan dia ya Rasulullah? Jawab Nabi s.a.w,

"Bagaimana aku akan dapat berbuat demikian, sedangkan Allah akan menjadikannya seorang raja di syurga. Wahai abu Hurairah,sesungguhnya di syurga itu ada raja-raja dan orang-orang terkemuka. Dan ini adalah salah seorang daripadanya. Wahai Abu hurairah, kasih kepada makhluknya yang suci hati yang samar, yang bersih, yang terurai rambutnya,yang tidak mengisi perutnya kecuali daripada hasil yang halal, yang apabila masuk menghadap raja tidak diizinkan, apabila meminang wanita bangsawan tidak diterima, apabila tidak ada, dia tidak dicari. Apabila hadir tidak dihiraukan. Apabila dia sakit, tidak dijenguk. Bahkan apabila mati tidak diziarahi jenazahnya." Ketika sahabat bertanya,

"Tunjukkan kepada kami seorang daripada mereka ya Rasulullah." Jawab Nabi s.a.w,

"Dia ialah Awyis Al Qarani. Seorang yang berkulit coklat. Lebar kedua bahunya dan tinggi orangnya. Selalu menundukkan Akepala sambil membaca Al Quran. Beliau tidak terkenal di bumi, tetapi sangat terkenal di langit. Andaikata dia bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah, pasti dimakbulkan oleh-Nya. Di bawah bahu kirinya, ada belang sedikit. Wahai Umar dan Ali, jika kamu menemuinya, mintalah kepadanya agar membacakan Istighfar untukmu.

Sunday, 12 June 2011

Cinta Lelaki...

Cinta Lelaki

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami . Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati.
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri – tanpa sedikit keterpaksaan.Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
Dia mencemburi kekasih/isteri – lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.
Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.Lelaki yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

Wednesday, 8 June 2011

Detik Detik "Kepergian Rasulullah!" (Sollallahu 'Alaihi Wassalam)

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.....

..................
Rasulullah saw berdiri dihadapan para sahabat dan 120 ribu orang jemaah yang ikut serta dalam Haji Wadaa, saat itu Beliau mengucapkan salam perpisahan kepada ummatnya. Baginda berkata: "Wahai sekalian manusia ! Dengar dan sadarilah bahwasannya aku tidak akan bertemu dengan kalian lagi selepas tahun ini"

Semua terdiam!
Suara itu seperti menggelegar menggetarkan, suasana haru meliputi wajah wajah Ummat. Mereka mendengarkan kata kata Rasulullah (Shalallahu 'Alaihi Wassalam), Baginda berwasiat serta menasihati mereka tentang Ikatan mereka bersama, tentang Rabb serta Agama Mereka.

Disaat itulah, Allah Ta'ala menurunkah ayat terakhir Nya kepada Rasulullah (Shalallahu 'Alaihi Wassalam):

"...Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu". (Al Maidah : 3)

Kemudian Rasulullah (Shalallahu 'Alaihi Wassalam) pulang ke Madinnah, saat itu memasuki bulan Rabiul Awal, Baginda mulai merasakan letih di badannya pada awal bulan itu. Baginda ditimpa Demam yang menyebabkannya tubuhnya terjatuh kebumi.

Baginda Sakit!
Baginda saat itu meminta tubuhnya agar di sirami Air agar segar, setelah disirami air, Rasulullah (Shalallahu 'Alaihi Wassalam) pun menjadi segar. Rasulullah keluar melangkahkan kakinya dibimbing oleh Imam Ali Bin Abu Thalib dan Fadhol Bin Abbas R.A.

Rasulullah menghadapkan wajahnya yang muliah kepada para sahabat.
Para sahabat bergembira melihat Rasulullah(Shalallahu Alaihi Wassalam) muncul kembali dihadapan mereka. Baginda duduk diatas Mimbarnya dan para sahabat terdiam mendengarkan Baginda berkhutbah dengan Khutbah perpisahan.

Rasulullah berpesan kepada Sahabat agar berbuat baik kepada keluarganya, berbaik kepada wanita dan berwasiat dengan kata kata; "Jangannlah kamu kembali menjadi kafir selepas kepergianku, dan kamu saling berperang antara satu dengan yang lain.."

Para sahabat merasa amat tersentuh dengan perpisahan yang akan dilalui antara mereka dengan Rasulullah, dan mereka bertanya: "Wahai Rasulallah! Jikalau engkau wafat, siapa yang akan memandikannmu?"

Rasulullah saw menjawab: "Seseorang dari Keluargaku"


"Dengan apakah kami akan mengkafankanmu?"
Airmata Baginda berlinang ketika melihat keresahan para sahabat, Baginda menjawab:"Dalam pakaianku ini, atau kain dari yaman, atau jubah dari Syam ataupun kapas dari Mesir"

Mereka bertanya lagi: "Siapakah yang akan mengurus penguburanmu? Adakah dari keluargamu?"

Para sahabat terus bertanya tanya mengenai persiapan serta kepergian baginda, dan Baginda pun menangis.

Baginda Berkata:  "Berlembutlah dengan Nabimu", Bagindapun berdiri dan melangkah memasuki kerumah-nya, lalu Baginda merebahkan dirinya di pembaringan.

Sahabat bertambah Bimbang..


Saat itu kumandang adzan di masjid Rasulullah telah selesai, sedangkan Imam mereka (Rasulullah) tidak keluar untuk shalat bersamam mereka, para sahabat semakin khawatir, mereka meninggalkan segala aktivitas mereka dan berkumpul sana untuk mengetahui perkembangan kesehatan Rasulullah saw.. .

Mereka Bertambah Khawatir...

Rasulullah saw berkata kepada Aisyah Ra;"Perintahkan Abu Bakar Untuk mengimani Shalat" Aisyah Berkata;  "Ayahku adalah seorang yang kurus dan Aku Meragukannya, beliau menangis dan tak mampu untuk berdiri.. Perintahkanlah Umar Wahai Rasulullah.."

Karena Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam tetap menginginkan Abu Bakar untuk mengimani Shalat sebagai penggantinya, maka Abu Bakarpun bangun, meng-Imami Shalat di mesjid..

Baru pada waktu shubuh, Senin 12 Rabiul Awal, kesehatan Rasulullah saw membaik..
Rasulullah menyingkapkan tirai pintu rumahnya. Beliau menatap wajah para Sahabat.. Mereka Shalat dengan khusyuk dan tunduk dihadapan Allah di belakang syaidinna Abu Bakar.

Segala Puji Bagi Allah..
Masjidnya bercahaya dengan kemunculan Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam, beliau memperhatikan para sahabatnya,..

Dikisahkan para sahabat berkata; "Kami hampir hampir lalai dari shalat kami, ketika tibanya Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam.. Syaidinna Abu Bakar Hampir saja mundur dari tempatnya menjadi Imam saat itu.. dan para sahabat hampir hampir berpaling.. Tapi kemudian Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam menunjuk dengan tangannya "Tetaplah ditempatmu.."

Kemudian Baginda menutup tirai di pintu dan masuk lagi ke rumahnya. "Itulah Hari terakhir Baginda memandang sahabat-sahabatnya.."


Para sahabat saat itu bergembira ketika melihat Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam memperhatikan mereka dari pintu rumahnya. Mereka mengira Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam kembali sehat hingga sebagian mereka kembali ke pekerjaan masing masing dan tetap mengira bahwa Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam kembali sehat.

Aisyah ra, mengisahkan;
"Rasulullah saw meminta izin kepada semua istrinya untuk dirawat di rumahku, dan mereka mengizinkannya. Hari senin, yaitu hari wafat beliau pun tiba.. Ruh baginda diambil di rumahku dan dalam dekapanku"

Aisyah ra berkata; "Sebelum itu kami mendengar gerakan dibalik pintu dan itulah Jibril meminta izin dari Rasulullah untuk Masuk, dan Rasulullah mengizinkannya. Kemudian aku mendengar Rasulullah berkata kepadanya; "Wahai Jibril! Allah Ta'ala, Allah Ta'ala!"

Kemudian Aku bertanya: "Apa yang terjadi Wahai Rasulullah?"
Rasulullah Menjawab: "Itulah Jibril berkata bahwa Malaikat Maut berada didepan pintu meminta Izin..

Jibril Berkata:"Malaikat Maut itu tidak meminta Izin, dari sesiapapun sebelum dan sesudahmu.. Allah menyampaikan Salam kepadamu,.. Allah telah Merinduimu?"

Selepas itu Malaikat Ijrail berkata:
"Jika engkau menghendaki aku akan mencabut ruhmu untuk menemui Allah, jikalau tidak aku akan biarkan sesuai masa waktu yang engkau inginkan.."

Dan Rasullullah Shalallahu Alaihi Wassalam memilih Allah ta'ala..

Kemudian malaikat mautpun masuk,
Dia mengucapkan salam kepada Nabi dan berkata; "Wahai Rasulullah! Apakah engkau Mengizinkanku?"

Baginda Menjawab:
"Terserah kepadamu, berlembutlah ketika mencabut nyawaku... Ahhh..."


"Ahhhh..."
(Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam Kesakitan)

Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam berkata kepada Malaikat maut; "BERLEMBUTLAH KEPADAKU, WAHAI SAUDARAKU MALAIKAT MAUT"

Malaikat maut mencabut nyawa yang sangat mulia itu,
KERINGATPUN BERCUCURAN DARI DAHI RASULULLAH ... laksana butiran permata yang berbau kasturi. Nabi mengusap peluh dari dahinya dan meletakannya dalam sebekas air di tepinya untuk menyejukan tubuhnya..

Baginda Berteriak:
"Ahhhh...! Ahhhh.. Ahhh..! Kematian itu Amat menyakitkan!. Ya Allah! Ringankan kesulitan Maut Terhadapku..Ringankan kesulitan Maut Terhadap Ummatku.."

Maka para Malaikat dari Langitpun turun dan berkata: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya salam dan sejahtra Keatasmu.."

Sesunggunya perihnya sakaratulmaut adalah 70 kali lebih sakit daripada tusukan pedang

MAKA MENANGISLAH RUH BAGINDA..
Dalam kesakitan sakaratul maut baginda berdoa: "Ya Allah Ringankanlah Kesulitan maut untuku dan Ummatku"

"YA ALLAH! RINGANKANLAH KESULITAN MAUT TERHADAPKU DAN UNTUK UMMAT KU... Ringankanlah Kesulitan maut untuku dan Ummatku.."



Rasulullah terbaring,
Lidahnya tidak bisa bertutur lagi dan tidak terdengar apa apa dari baginda..
Hal terakhir yang diucapkan Baginda adalah: "Allah. Allah. Shalat. Shalat"

Adakah hati yang tidak bergetar mendengarnya...
Begitu sayangnya beliau kepada kita, Ummatnya..
Hingga disaat saat paling menyakitkan...
Disaat sakaratulmaut ..
Disaat saat terakhir di bumi Ini...
Disaat saat nafas terakhir itu, saat Ruh itu hampir terlepas dari raga..

Beliau Masih menyempatkan Do'a untuk kita...


Jazakumullahu ya Rasulallah..

Maafkan kami...
Wahai Rasul Allah...
Wahai Kekasih Allah..
Maafkan kelalaian kami dalam menapaki sunnah sunnahmu..

Cahaya memancar dari wajahnya, meliputi keluarganya.
Ruh bagindapun sampai kepada halqumnya. Baginda membuka kedua belah matanya. Baginda menunjukan syarat dengan jari ketauhidannya, Baginda menghirup nafas terakhirnya di dunia ini lalu menyerahkan rohnya kepada Tuhannya.

Sejahteralah jasad baginda..
Setelah melalui hari harinya yang memenatkan serta meletihkan untuk kita, Umatnya.

Sejahteralah jasad baginda...
Beliau bisa beristirahat setelah perutnya yang di ikat dengan batu karena kelaparan untuk kita,.
Sejahteralah jasad yang pernah dilempari batu sehingga terluka untuk kita.

Sejahteralah gerhamnya yang pernah patah untuk kita, Umatnya.
Sejahteraah Jasad yang pernah pernah terluka dan mengalir darahnya lalu baginda menahan dengan tangannya, untuk menjaga darah yang bersih itu terjatuh ketanah sebagai rahmat bagi mereka dan kita dari kemurkaan Allah.

Sejahteralah jasad yang pernah dimasuki sesuatu kedalam daging pipinya untuk kita.
Sejahteralah jasad yang kakinya bengkak disebabkan pengabdiannya pada Allah serta dakwah untuk kita.
Sejahteralah jasad yang memikul kesukaran, keletihan, kesakitan dan kelaparan untuk kita, Ummatnya.

Rumah itu diselubungi dengan tangisan, menyaksikan kepergian peminpin mereka setelah ruh meninggalkan jasadnya.. 
Masjidpun diselubungi dengan kesedihan..

Ketahuilah!

Bahwa kepedihan telah menimpa Nabi..
BERITA itu pun tersebar keseluruh Kota Madinah..

Sayyidina Alli bin Abi Thalib berada disamping baginda,
Siti Aisyah menangis, ruhnya terguncang. Lalu, Sayyidina Alli membawa dan meletakan Tubuh Rasulullah saw di kamarnya, ketika Ruh Rasulullah hampir keluar Sayyidina Ali pun terjatuh. Beliau tidak kuat berdiri, ..

Ditengah tangisan yang menyelubungi rumah duka itu, tiba tiba terdengar satu suara yang tidak diketahui dari mana asalnya: "Kita adalah Milik Allah, dan padanya Kita akan Kembali, Wahai penghuni rumah, Allah membesarkan pahalamu, bersabarlah dan bermuhasabahlah dengan musibah itu. Sesungguhnya Rasulullah mendahuluimu sekalian di Syurga".

Mereka terdiam dan menjadi tenang,
Setelah suara itu berhenti, mereka menangis lagi.

Demi Allah, kita ini tidak pernah diberi musibah seperti yang mereka rasakan, tiada satu rumahpun yag merasa kehilangan seperti yang mereka rasakan saat itu..

Khabar itu pun tersebar keseluruh Madinah..,

Para sahabat panik.
Sebagian mereka menyeru; "Wahai Para sahabat! Tidak kah kamu mengetahui bahwsannya baginda adalah manusia dan akan Wafat?"
Sebagian mereka berkata: "Ya. Tapi kehidupannya kekal didalam diri kami dan memberi tamparan hebat kepada jiwa kami"

BERGETARLAH HATI PARA SAHABAT.. 

Sayyidina Umar Bin Al-Khatab mengeluarkan pedangnya dan mengacungkannya di jalan. Beliau hilang pertimbangan karena kesedihan itu, beliau berteriak:

"Sekelompok dari orang-orang munafik berkata bahwa Rasulullah telah mati. Rasulullah tidak mati. Akan tetapi Rasulullah menuju kepada Rabbnya sebagaimana perginya nabi Musa dan Baginda kembali kepada Kita. Siapa yang mengatakan bahwa Rasulullah telah mati, aku akan menyentuhnya dengan pedangku ini  "

Sayyidina Utsman bin Affan membisu, tidak berkata apa apa. Ketika fikiran mereka terganngu, hati mereka pun kebingungan..

Kemudian sampailah berita ini kepada Abu Bakar Assidiq,
Diapun merasakan keadaan yang begitu menyedihkan itu. Dia segera menuju Madinnah menuju masjid nabawi, melintasinya dan sampailah kekamar Rasulullah. Beliau meminta izin kepada penghuni rumah itu untuk masuk dan lalu dizinkan masuk.

Sayyidina Abu Bakar masuk dalam keadaan dadanya yang berdebar debar dan keluh kesah seakan nyawanya yang dicabut. Beliau menangis, terdengar seperti suara yang menggeletar yang memasuki air. Dia berpaling, airmatanya bercucuran melihat jasad Nabi diliputi kain, beliau membuka kain yang menutupinya untuk menatap wajah yang paling mulia itu.

Beliau memandang wajah Nabi dalam dalam, beliau meletakan wajahnya dan mencium wajah dan pipi Rasulullah saw.

Beliau menangis sambil berkata:
"Demi ibu dan ayahku wahai Rasulullah, betapa mulianya kehidupan dan kewafatanmu. Allah tidak akan merasakan untukmu kewafatan kedua kalinya untukmu. Jikalau tangisan itu bermanfaat bagimu, niscaya air mata ini akan terus berlinangan. Tetapi tiada tempat mengadu melainkan Allah. Kita Milik Allah dan kepadanya kita akan Kembali 

Aku bersaksi Bahwa Tiada Tuhan selain Allah dan kamu wahai Muhammad adalah utusan Allah.. 
Engkau telah sampaikan Risalah dan sampaikan amanah, hingga engkau meninggalkan kami diatas jalan yang bersih"

Nafas Beliau tersedu sedu dalam tangisan,
Beliau memandang jasad Rasulullah saw dan berkata kata lagi: "Ingatlah kami disisi Tuhanmu Wahai Muhammad..."

Hari itu madinah menjadi Layu..

Sahabatku mari kita berdo'a dalam suasana hati yang sedang lembut ini,

Wahai Allah..

WAHAI YANG MAHA HIDUP LAGI MENGHIDUPKAN, PENGGERAK LANGIT DAN BUMI..
BANTULAH KAMI UNTUK SENANTIASA MENGINGAT DAN MENSYUKURI SERTA BERIBADAH KEPADAMU DENGAN SEBAIK BAIKNYA

WAHAI ALLAH PERLIHATKANLAH KEPADA KAMI KEBENARAN ITU SEBAGAI KEBENARAN DAN ARAHKAN KAMI UNTUK MENGIKUTINYA. 

AMPUNKANLAH KAMI DENGAN TAUBATANNASUHA. 
BERSIHKANLAH KAMI DENGANNYA PADA TUBUH BADAN HATI DAN RUH KAMI. 

Ya Allah Peliharalah Kami.

Ampunilah dosa kami yg telah lalu, dan Kumpulkanlah Jemaah kami pada hari kiamat beserta Rasulullah dan Sahabat serta orang orang yang dikasihi.

Ya Allah hidupkan Kami dengan Mencintainya
Ya Allah Hidupkanlah kecintaannya dalam Hati Kami,

Hidupkan cahayanya dalam batin Kami.
Hidupkan Hidayahnya dalam Zahir kami. hidupkan perjalanannya dalam Rumahtangga dan kehidupan Kami

WAHAI ALLAH !
JANGAN ENGKAU TANGGALKAN DARI HATI KAMI CAHAYA IKATAN DENGAN SAYYIDINA MUHAMMAD SHALALLAHU ALAIHI WASSALAM

====================
Amiin Ya Allah Ya Robbal Alamiin.
====================

Sahabat Pena, 
Kisah diatas adalah kisah Sohih yang dikisahkan Habib Ali Aljufri dalam kunjungannya ke Malaysia yang dirakam dan diterjemahkan kedalam bahasa melayu...m0ga ia bermanfaat untuk semua shbt2...

Silahkan semak video Aslinya yang berbahasa Arab dan Terjemahan Versi Melayu disearch di Youtube.

Semoga catatan ini menyentuh dan menyegarkan kembali ingatan kita kepada Jalan Rasulullah saw dan Sunnah Sunnah nya.
Semoga dari pena sederhana ini, bisa sedikit menahan dan mengingatkan jiwa yang sering lalai dan terbuai, termasuk nasihat pada diriku sendiri....hidup dan tegakkan jalan ahlul sunnah wal jamaah,Allahu Akbar....


Jazakallah Khairan, wallahu a'lam....

Wednesday, 1 June 2011

KUBUR BERKATA-KATA


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya